Pelakon Abby Abadi tampil memberi penjelasan mengenai bantuan yang diuruskannya daripada akaun Wallet Kasih PKP kepada golongan yang berada dalam kesusahan akibat Covid-19.
Menurut Abby, 43, dia tidak mampu untuk membelikan setiap keperluan yang diperlukan selepas ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya memberi wang ringgit.
"Ada yang bagi cadangan pada saya semalam, beri bantuan pergi jenguk sendiri. Belikan dorang susu pampers semua. Jangan bagi duit, nanti dorang beli benda lain. Mudahnya berkata-kata.
"Saya buat ni sorang-sorang ya. Dengan tanggungjawab yang besar lagi di sekeliling saya yang tak boleh saya tinggalkan. Niat awal saya untuk membantu musim-musim PKP yang hampir setahun ni adalah kerana saya tahu ramai yang dalam kesusahan sekarang ni putus pendapatan dan sebagainya.
"Tak payah yang jauh, tengok adik beradik sendiri ja. Dan saya membantu dengan cara membayangkan diri saya sendiri kalau susah nak orang tolong macam mana jadi saya usahakan.
"Memang saya sebelum-sebelum ni, takda Wallet Kasih PKP pun saya biasa dah transfer duit kat orang ni. Cuma bila guna duit saya sendiri, dapat 5 atau 10 orang. Tak dapat ramai lah.
"Sebab tu bila target 30 atau 50 keluarga sehari, saya ajak sahabat-sahabat di sini untuk bersama saya. Faham ya bab ni," tulisnya di Instagram (IG).
Jelasnya lagi, kesusahan yang dialami bukan setakat memerlukan keperluan namun ada yang diduga dengan ahli keluarga jatuh sakit.
Kata Abby, bantuan yang dihulurkan merangkumi seluruh Malaysia termasuk dengan orang bukan warganegara.
"Bab kedua, masalah mereka bukan setakat susu pampers sahaja sampai ada yang kata baik kak Abby belikan. Macam-macam lagi. Kehabisan barang makan, anak sakit, mak sakit, ayah sakit, kena tinggal suami, isteri lari, adik beradik semua tak cukup makan.
"Kalau nak harap saya belikan, hantar ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak. Apo? Logik lah sikit.
"Saya bercerita sebab ada seketul dua ja yang saya nampak meragukan. Yang lain memang betul-betul susah. Siap bagi bukti bergambar, video, IC semua sekali.
"Ada ramai juga yang takda IC, bukan warganegara minta tolong. Saya tolong juga sebab niat saya hanya kerana Allah. Saya takda penyakit membeza-bezakan orang ya. Semua sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman. Beza iman pun bukan bermakna kita perlu abaikan mereka, betul kan?" tulis Abby.
Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memohon agar mendoakan supaya ada hartawan yang murah hati untuk menderma dalam jumlah yang banyak.
"Cuma nak pesan yang dah terima bantuan, bagi laluan pada yang lain pula ya. Doakan Dana PKP saya ada hartawan nak sedekah berjuta-juta supaya senang saya bagi besar sikit jumlah pada yang memerlukan.
"Saya tahu RM200,300,400,500 tu kecil dalam keadaan sekarang ni tapi itu ja dana yang ada. Doa tau ada dermawan atau hartawan yang nak buat simpanan akhirat dan mereka lalukan kat Wallet Kasih PKP saya hehe," tulisnya lagi.
Instagram: @abby_abadi112
Zulaikha Yusof
Wed Dec 02 2020
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.