Pengarah dan pelakon Michael Ang tersinggung dengan tindakan sebuah akaun Facebook yang menggunakan gambar bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Noraniza Idris yang menulis kenyataan berbaur rasis baru-baru ini.
Pemilik akaun Akar Kita Zapin meluahkan hasrat untuk bersemuka dengan Micheal yang sebelum itu lantang bersuara mengkritik persembahan Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani sepanjang GV7 terutamanya ketika konsert separuh akhir Ahad lalu.
"Michael Ang... Ada hajat besar aku nak berdepan dengan dia lepas GV ni, tunggu lepas GV tamat minggu depan. Aku tak sabar nak confront dengan mualaf ni," tulis pengendali akaun itu.
Michael terdahulu menciap beberapa Tweet yang tidak berpuas hati dengan kualiti persembahan dan menyifatkan nyanyian Kak Ani 'membunuh' lagu Hindustan.
"OMG my favourite Hindustan songs dibunuh dengan kejam oleh Noraniza! Kenapalah nak pergi nyanyi Hindustan! Pertama kali dengar lagu Hindustan dengan suara sengau!
"Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring," tulisnya.
Susulan kenyataan Facebook terbabit termasuk ada pengguna lain yang menganggap Michael memeluk Islam untuk populariti dan glamor, jawab pengarah popular itu perihal mualaf adalah isu sensitif.
"Tak tahu la akaun apa ni. Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima aje sebab I sendiri yang gatal nak direct dan produce dan bagi you all tengok!
"So to me you all ada hal nak cakap apa apa pun pasal drama I! I terima semua!
"Tapi benda pasal I mualaf ni, hish hish nampak sangat kebodohan you, satu Malaysia tahu bila I memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, I yang nak sembunyikan!
"Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun you all takkan tahu I dah beragama Islam! So I memeluk agama Islam untuk popular?
"Kepada penulis dan pemilik akaun, posting ni orang yang beragama Islam macam kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan Islam!
"Jadi fikir-fikirkanlah apa yang you dah cakap dan tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of you, love you and stay safe! Oh yes lupa nak cakap aku maafkan kau!" katanya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan Twitter peribadi Michael, pesannya agar artis yang masuk bertanding perlu memperkuatkan mental untuk dikritik.
"Kalau nak masuk reality show dan tak sanggup kena komen jangan masuk.
"Dah nak masuk sangat terima sajalah kritikan.
"Orang kata drama aku sampah pun aku terima je. Apa nak ugut-ugut kalau GV tu boleh ada penonton sah-sah aku ada kat sana dan I will tweet the same thing," tambahnya.
Sementara itu, entri Michael mendapat perhatian rakan selebriti yang turut kesal dengan perbuatan dan tulisan terbabit.
"Allah.. Islam is all about peace but what is this? Anyways kita abaikan la racist macam ni, memalukan betul," kata Hun Haqeem.
"Racism has no place in Islam. Don’t pay them any attention Mike," kata Alif Satar.
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Amri Hassan
Tue Dec 08 2020
Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz
Selepas lama juga mendiamkan diri, Sarah Yasmine tampil dengan kenyataan baharu melibatkan aktres sensasi Ruhainies.
Tak Perlu Panjang Cerita, DSV Nasihat Aliff Aziz Move On
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menitipkan pesanan buat pelakon dan penyanyi Aliff Aziz agar tidak memanjangkan lagi isu kontroversinya.
Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin
Menerusi satu akaun, pengguna platform X tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut.
AISHA RETNO MAIN PIANO SAMBIL TUTUP MATA | THE HARDEST SINGING SHOW
Aisha Retno bab-bab buat persembahan wow ni memang makanan dia la. Muda lagi tapi dalam kepala penuh idea. Mantap.
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
#thehardestsingingshow
#thss
#thehardest
TAK SENANG WEH PUTERA NAK MAIN GENDANG SAMBIL NYANYI ROCK | THE HARDEST SINGING SHOW
Hardest moment Putera Muhammad dia kena main gendang sambil nyanyi. Susah tu. Kena fokus dua benda serentak.
Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif
Penyanyi, Naim Daniel menerima pelbagai komen berbaur negatif daripada warganet susulan pernah menasihati pengguna agar tidak keterlaluan dalam memboikot artis yang terkait dengan jenama pro-Israel.
Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.
De Fam rehearsal 2 jam je, Zizan try kereta baru Nabil | Pintu Belakang The Hardest Singing Show
De Fam rehearsal 2 jam je untuk minggu pertama, Zizan try kereta baru Nabil, Aepul Roza cita-cita nak jadi driver teksi. Macam-macam cerita best dalam Pintu Belakang The Hardest Singing Show ni gais! Layan episod baru setiap Rabu di website Gempak.com.
The Hardest Singing Show setiap Ahad 9 malam di Astro Ria & Astro Go.
#PintuBelakang
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss
The Hardest Singing Show setiap Ahad 9 malam di Astro Ria & Astro Go.
#PintuBelakang
#thehardestsingingshow
#thehardest
#thss
Gerakan Blockout 2024 Ada Akaun IG, Senaraikan Artis Tempatan Yang Perlu & Tak Perlu Diboikot
Gerakan Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini berjaya menguasai media sosial. Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin dengan cara memboikot selebriti-selebriti atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman I
Ayda Jebat terjatuh? Persembahan Aisha Retno & Aepul Roza bertaraf International? - Highlights The Hardest Singing Show | Minggu 1
Memang power persembahan bintang kita dalam minggu 1 ni ! Jom kita recap balik setiap persembahan bintang kita dalam highlights yang min dah sediakan untuk korang semua!
#THSS
#TheHardestSingingShow
LayanOriBukanCopy
#THSS
#TheHardestSingingShow
LayanOriBukanCopy