Skip to main content

Selebriti

Azar Azmi Ada Masalah ‘Trust Issue’ Dengan Pengasuh - “Saya Tak Boleh Terima Bila…”

Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi lebih mempercayai kakaknya menjaga dua anaknya berbanding menghantar mereka ke rumah pengasuh.
  • Azar mengalami masalah kepercayaan disebabkan banyak membaca kes kanak-kanak menjadi mangsa di bawah penjagaan pengasuh.
  • Walaupun tidak pernah alami pengalaman buruk sendiri, Azar tetap risau dan lebih selesa anak dijaga ahli keluarga sendiri.
Advertisement

Pelakon Azar Azmi mengakui dia lebih mempercayai kakaknya untuk menjaga dua orang anaknya daripada menghantar mereka di rumah pengasuh.

 

Advertisement

Menurut Azar, dia mempunyai masalah kepercayaan atau ‘trust issue’ disebabkan terlalu banyak membaca kes melibatkan kanak-kanak jadi mangsa dibawah penjagaan pengasuh. 

 

“Anak-anak saya, kakak yang jaga. Saya ada masalah dengan trust issue sejak banyak yang saya baca mengenai kenak-kanak diperlakukan tidak baik. 

 

“Saya tak boleh terima bila ada kanak-kanak menjadi mangsa. Saya memang lebih percaya darah daging sendiri,” katanya kepada Gempak. 

 

Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharunya berjudul Bulan Henti Bicara yang berlangsung di, Bizmilla Hall, Putrajaya pada Selasa.

 

Biarpun tidak pernah berdepan pengalaman buruk dengan pengasuh, namun Azar terkesan disebabkan terlalu banyak baca kes kanak-kanak. 

 

“Saya tak pernah berdepan pengalaman buruk dengan pengasuh. Cumanya ini kesan daripada apa yang baca. Kita tak tahu apa yang dia (pengasuh) buat di belakang kita,. 

 

“Saya jadi banyak berfikir secara negatif. Kalau hantar dekat sini, jadi perkara buruk… padahal orang itu okay. Saya tidak la nak samakan semua. 

 

“Tapi bila banyak yang terjadi, buat saya terfikir bila waktu kerja,” ujarnya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement