Skip to main content

Selebriti

"Azeva Memang Ada Ciri-Ciri Wife Material Yang…" - Aniq Suhair

"Azeva Memang Ada Ciri-Ciri Wife Material Yang…" - Aniq Suhair

Sekilas

  • Aniq Suhair mengakui Azeva mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai dijadikan calon isteri kerana love language dan aura positifnya.
  • Aniq bangga dengan pencapaian Azeva dalam dunia seni dan sentiasa menyokong perjalanan kariernya.
  • Aniq kini membintangi siri Viu terbaru, Ate Kome I Love You!, yang disiarkan setiap Khamis dan Jumaat pada tengah hari.
Advertisement

Pelakon, Aniq Suhair mengakui penyanyi, Azeva memiliki ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan sebagai calon isteri.

Aniq atau nama penuhnya Muhammad Aniq Suhair Mohd.Salleh,26 berkata bahawa dia amat menyukai love language yang ditunjukkan oleh Azeva terhadap orang sekelilingnya. 

Advertisement

"Ada. Dia memang ada ciri-ciri wife material yang saya suka.

"Azeva punya body languange adalah act of service dan dia memiliki aura positif,"katanya kepada Gempak.

Aniq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Ate Kome, I Love You! yang berlangsung di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Advertisement

Dalam masa sama, Aniq mengakui dia amat bangga melihat pencapaian Azeva sekarang dan sentiasa menyokong perjalannya dalam dunia seni.

"Saya sangat-sangat bangga dengan perkembangan dia. Alhamdulillah itu memang rezeki dia dan itu apa yang ibu dia mahukan untuk dia.

"Saya sangat gembira dia keluar daripada zon selesa dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

"Kalau saya memang tak boleh jadi hos tapi dia boleh jadi bagi saya sangat luar biasa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aniq muncul dalam siri terbaharu Viu berjudul Ate Kome I Love You! yang disiarkan pada setiap Khamis dan Jumaat pada jam 12 tengah hari.

Selain Aniq, turut membintangi drama tersebut ialah Amy Mastura, Bella Dowanna, Eida Moin dan Nurel Baharin.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement