Skip to main content

Hiburan

“Jagalah Batas, Itu Sahaja” - Hussain Harap Peminat Hormati Ruang Peribadi

Hussain

Sekilas

  • Hussain, penyanyi muda berusia 23 tahun, mengingatkan peminat supaya menjaga batas dan menghormati ruang peribadinya ketika memberikan sokongan.
  • Dia mengakui populariti yang diperoleh selepas menyertai Talk To My Manager musim kedua membawa cabaran, tetapi sokongan keluarga dan peminat membuatkan pengalaman itu menyeronokkan.
  • Walaupun kadang-kadang berasa takut dengan perhatian yang diterima, Hussain menghargai rezeki populariti dan terus menikmati sokongan yang diberikan.
Advertisement

Penyanyi meningkat naik, Hussain, 23, mengingatkan peminat agar sentiasa menjaga batas ketika memberikan sokongan kepadanya, selain menghormati ruang peribadi yang dimiliki.

 

Advertisement

Hussain atau nama penuhnya, Jamak Hussain Jamilulhayat, mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. 

 

Justeru, dia berharap peminat dapat memahami kepentingan menjaga batas dalam hubungan antara artis dan peminat.

Advertisement

 

“Saya tak mampu nak beri nasihat kerana saya sendiri sentiasa melakukan kesilapan. Jadi, apa yang boleh saya nasihat, jagalah batas. Itu sahaja,” katanya.

 

Hussain ditemui pada majlis pengumuman calon Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-38 yang berlangsung di Ombak, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

 

Mengulas mengenai populariti yang diraih selepas menyertai program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua, anak kepada penyanyi legenda, Jamilulhayat itu mengakui bukan mudah untuk membiasakan diri dengan perhatian ramai.

 

Bagaimanapun, sokongan berterusan daripada peminat dan keluarga membuatkan segala cabaran yang dilalui terasa lebih menyeronokkan.

 

“Bagi saya, perkara itu memang sukar, tetapi dengan peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong, apa yang sukar itu jadi menyeronokkan.

 

“Saya tak melihatnya sebagai satu beban, sebaliknya menjadi sesuatu yang saya nikmati,” katanya.

 

Ditanya sama ada pernah berasa bimbang apabila namanya sering menjadi perhatian, Hussain tidak menafikan ada kalanya dia turut berasa takut dengan situasi tersebut.

 

“Sudah tentu ada rasa takut, tapi hendak buat macam mana. Saya sendiri tak sedar perkara itu boleh menjadi tular di Threads secara tiba-tiba.

 

“Tapi, Alhamdulillah, orang kata itu rezeki. Saya sangat menghargai populariti yang diberikan dan memang seronok dengan sokongan yang diterima,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement