Skip to main content

Berita Tempatan

“Cinta Sebenar Bukan Semestinya Memiliki” - Chubb-E

“Cinta Sebenar Bukan Semestinya Memiliki” - Chubb-E

Sekilas

  • Chubb-E kembali dengan single terbaru berjudul Tetap Di Sini yang mengangkat tema kesetiaan, pengorbanan, dan keberanian melepaskan insan tersayang selepas tiga tahun tidak melancarkan karya baharu.
  • Lagu ini menggabungkan elemen pop balada dan hip hop, dengan mesej bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi menerima dan merelakan perpisahan.
  • Tetap Di Sini menerima maklum balas positif dan berjaya masuk dalam beberapa senarai main Spotify, manakala muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music.
Advertisement

Selepas tiga tahun tidak melancarkan karya baharu, penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Chubb-E akhirnya kembali dengan single terbaharu berjudul Tetap Di Sini yang mengangkat kisah kesetiaan, pengorbanan dan keberanian melepaskan insan tersayang.

Dilancarkan pada 23 Oktober lalu di bawah naungan syarikat rakaman 1711 Music, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Chubb-E itu membawa mesej bahawa cinta sejati tidak semestinya berakhir dengan memiliki seseorang.

Advertisement

Menurut Chubb-E, inspirasi menghasilkan lagu tersebut tercetus daripada pengalaman peribadi serta pemerhatiannya terhadap cara masyarakat moden memahami hubungan percintaan.

“Tetap Di Sini mengisahkan kesetiaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya. Namun, mesej utama yang ingin saya sampaikan ialah nilai cinta paling tinggi sebenarnya adalah melepaskan dan merelakan.

“Kalau kita benar-benar menyayangi seseorang, kita juga perlu menerima hakikat bahawa mungkin dia mempunyai impian atau jalan hidup yang berbeza.

Advertisement

“Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk terus bersama hanya kerana terlalu mencintainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Chubb-E menjelaskan bahawa judul Tetap Di Sini bukan menggambarkan seseorang yang masih menunggu kepulangan bekas kekasih, sebaliknya merujuk kepada kenangan yang kekal dalam ingatan meskipun hubungan sudah berakhir.

“Bagi saya, yang ‘Tetap Di Sini’ bukanlah seseorang yang masih mengharapkan cinta lama, tetapi jiwa, hati dan segala memori yang pernah dilalui bersama.

“Walaupun kita sudah melepaskan seseorang, setiap detik dan kenangan itu tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan kita,” jelasnya.

Menariknya, muzik video lagu tersebut turut berjaya menyentuh hati seorang rakan Chubb-E yang juga pelakon terkenal sehingga menitiskan air mata ketika menontonnya.

Menurut penyanyi itu, rakannya mula menangis sebelum sempat menyaksikan babak kemuncak muzik video yang mempunyai kejutan jalan cerita.

“Saya tunjukkan video muzik itu untuk mendapatkan pandangannya, tetapi dia sudah menangis sebelum sampai kepada babak kemuncak yang mempunyai kejutan jalan cerita.

“Saya sendiri tidak menjangkakan reaksinya dan ketika itu, saya sedar kisah ini benar-benar mampu menyentuh perasaan orang,” katanya.

Dari segi muzik, Tetap Di Sini menggabungkan elemen pop balada dengan pengaruh hip hop yang menjadi identiti Chubb-E sejak awal pembabitannya dalam industri.

Biarpun mengetengahkan kisah cinta yang menyentuh perasaan, dia masih mengekalkan rentak rancak dan elemen groove bagi menghasilkan nuansa muzik yang mengimbangi emosi sedih dan gembira.

“Akar muzik saya memang daripada genre hip hop dan rap. Walaupun lagu baharu saya ini romantik dan sedih, saya masih mahu mengekalkan elemen ‘groove’ dan ‘swag’ hip hop.

“Pendengar masih boleh menikmati rentaknya walaupun lirik membawa kisah yang menyentuh hati,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chubb-E menjelaskan tempoh tiga tahun tanpa pelancaran lagu baharu bukan bermakna dia berehat daripada dunia muzik.

Sebaliknya, tempoh tersebut digunakan untuk memperkukuh kemahiran dalam komposisi dan penerbitan muzik, selain menghasilkan puluhan karya yang bakal diterbitkan secara berperingkat.

“Sepanjang tiga tahun itu, saya sebenarnya bukan berehat tanpa melakukan apa-apa. Saya banyak belajar, bereksperimentasi dengan pelbagai bunyi muzik dan menghasilkan karya baharu.

“Sekarang saya sudah mempunyai puluhan lagu yang siap dan disusun mengikut perancangan,” katanya.

Chubb-E turut merancang untuk menghasilkan lebih banyak karya merangkumi genre pop, balada dan hip hop, selain projek duet serta album kolaborasi bersama dua rakannya pada tahun hadapan.

Sementara itu, Tetap Di Sini dilaporkan menerima maklum balas positif sejak dilancarkan, khususnya daripada pendengar lelaki yang dapat mengaitkan kisah berkenaan dengan pengalaman percintaan masing-masing.

Lagu tersebut turut berjaya memasuki beberapa senarai main Spotify termasuk Made in Malaysia, Pop Terkini, New Music Friday Malaysia, New Music Friday Singapore dan Carta Malaysia 50.

Muzik video rasmi Tetap Di Sini kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement