Skip to main content

Drama

Babak Berat & Sensitif, Ini Cara Emosi Pelakon Kanak-Kanak ‘Good Boys Go To Heaven’ Dilindungi

ASTROGEMPAK GBGTH

Pakar Psikologi Perkembangan, Puteri Intan Diyana Azhar mendedahkan dia menerima banyak pertanyaan mengenai keadaan emosi pelakon kanak-kanak yang membintangi drama Good Boys Go To Heaven. 

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri menjelaskan dia diberi tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan psikologi dan emosi pelakon kanak-kanak sebelum, sepanjang serta selepas penggambaran berlangsung.

 

“Alhamdulillah saya diberi kepercayaan oleh Child Actor Coach Nawfal Zamri dan juga Tuan Director Ariff Zulkarnain, Team Casting Amni dan Jah untuk support bukan sahaja pelakon kanak-kanak malah kepada team casting juga hal hal berkaitan psychological, mental and emotional well-being kanak-kanak sebelum, sepanjang dan selepas penggambaran berlaku.

 

“Sebelum pelakon kanak-kanak ni terlebih dahulu bawa watak mereka, benda paling utama adalah untuk memastikan pelakon kanak-kanak sendiri tidak mempunyai sebarang trauma atau pengalaman yang mereka pernah di s******l abused. Dan scene scene dalam cerita ini tidak ada yang boleh trigger emosi mereka,” kongsinya. 

 

Menurut Puteri lagi, bukan sahaja babak sensitif diberi perhatian, malah adegan berat lain turut dinilai bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada pelakon kanak-kanak.

 

“Bukan sahaja watak kena l***t tetapi scene berat seperti kehilangan kawan baik (Mia kehilangan Ahyan) , scene Ahyan kena masuk terbaring dekat sungai, Ahyan baring atas meja postmoterm. Semua scene ni diambil kira oleh mereka juga,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Puteri berkata, memahami personaliti dan batasan setiap pelakon kanak-kanak juga merupakan aspek penting dalam menjaga kesejahteraan mereka di set penggambaran.

 

“Sebagai psikologis yang bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan emosi, mental pelakon kanak-kanak, selain dari isu sensitif tersebut, perkara lain juga perlu diambil kira. 

 

“Sebagai contoh, perkara atau benda/situasi yang pelakon kanak-kanak ni suka dan tidak suka pun kena tahu. So that kita boleh dan respect boundaries kita dengan mereka juga.

 

“Nak build up trust dengan kanak-kanak dan hormati juga hak mereka. Input input seperti ni lah juga saya kongsikan juga bersama team casting sebab mereka yang banyak jaga kebajikan pelakon kanak-kanak. 

 

“Alhamdulillah dengan input input tersebut, sedikit sebanyak juga sepanjang proses kelas latihan lakonan dan sepanjang mereka di set semua dapat handle pelakon kanak-kanak dengan baik sekali.” jelasnya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Puteri Azhar (@_puteriazhar)

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement