Skip to main content

Bella Astillah Cipta Rekod Peribadi, Sertai Larian Kesyukuran Sebagai Tanda Sokongan Buat Syed Saddiq - "Ada Pak Cik Cakap Saya..."

Bella Astillah Cipta Rekod Peribadi, Sertai Larian Kesyukuran Sebagai Tanda Sokongan Buat Syed Saddiq - "Ada Pak Cik Cakap Saya..."

Sekilas

  • Bella Astillah berjaya menamatkan larian 17km sempena Larian Kesyukuran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sebagai rekod peribadi pertama beliau.
  • Beliau menyertai larian itu untuk menyokong misi Syed Saddiq mengumpul RM200,000 bagi membantu individu memerlukan.
  • Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada Bella atas sokongan dan kejayaan mengumpul sumbangan melebihi sasaran asal turut diraikan.
Advertisement

Pelakon, Bella Astillah mencipta rekod peribadi apabila berjaya menamatkan larian sempena Larian Kesyukuran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32 berkata bahawa penglibatannya dalam larian tersebut adalah sebagai tanda sokongannya terhadap misi Syed Saddiq untuk meraih RM200,000 bagi individu yang memerlukan.

Advertisement

"Hari ini pencapaian peribadi saya. Larian pertama 17km. Sebelum ini, paling jauh hanya 8km. 

"Saya sertai larian ini sebagai tanda sokongan dan solidariti untuk misi Larian Kesyukuran YB Syed Saddiq. Walaupun saya agak lambat sedikit, saya tetap gembira dapat sama-sama mengambil bahagian,"katanya.

Dalam masa sama, Bella turut mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq kerana berjaya meraih sumbangan lebih dari sasaran asal.

Advertisement

"Tahniah kepada YB Syed Saddiq kerana berjaya mengumpulkan lebih dari sasaran hasil sumbanagn orang ramai melalui larian ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan membawa manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan. Insyaallah.

"Saya tidak akan lupa ada pak cik itu cakap saya slow macam siput,"ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, Bella yang dipercayai telah memulakan larian dari Merlimau Melaka turut ditemani oleh sekumpulan individu termasuk seorang rakan yang berlari sambil membawa bunga mangga.

Sementara itu, Syed Saddiq turut  meninggalkan komen pad hantaran berkenaan bagi merakamkan penghargaannya buat Bella.

"Awh terima kasih kerana turut serta bersama saya. Pembakar semangat yang terbaik," komennya.

Anda mungkin berminat dengan

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Reebok Lightweight Backpack Men Hiking Backpack Outdoor

Reebok Lightweight Backpack Men Hiking Backpack Outdoor

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

McJoden - PRINCESS (3Layers) Tutu Tulle Skirts Elastic High Waist Long Skirt Women's Tutu Maxi Pleated Skirt

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

Must Watch Video

Advertisement