Skip to main content

Budaya Popular

"Abby & Suami Ada Nyatakan Hasrat Nak Ada Zuriat Sendiri" - Norman Hakim

norman-abby-header.jpg
Bekas suami pelakon Abby Abadi, Norman Hakim menyambut baik dan berkongsi kegembiraan seandainya desas-desus pelakon Gerak Khas itu kini berbadan dua.

Kata Norman, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari aada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri selepas mengambil anak angkat tahun lalu.

"Memang mereka ada nyatakan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri terutama Jai, jadi kita ramai-ramai doakan impian mereka termakbul.

"Sebagai individu yang rapat dengan keluarga mereka, saya tak ada hak untuk membuat apa-apa pengumuman bagi pihak mereka walau Abby merupakan ibu kepada anak-anak saya.

"Doakanlah yang terbaik buat mereka, ada rezeki ada," katanya kepada Gempak.

Norman yang ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Mingguan Wanita musim kedua di The Gardens Mall semalam memanjatkan rasa syukur seandainya khabar angin itu benar.

"Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat bertambah ahli keluarga kami. Sebab kita memang sangat rapat walaupun sudah bukan lagi suami isteri.

"Saya sentiasa mendoakan satu sama lain untuk kebaikan bersama. Kalau betul Abby 'berisi', Alhamdulillah," tambahnya.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram rasmi Abby, pelakon berusia 42 tahun itu seakan-akan memberikan bayangan sedang berbadan dua memandangkan bakal menjalani rutin bulanan untuk pemeriksaan di sebuah klinik.

Dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat, suami Abby juga memanjatkan rasa syukur atas berita tersebut.
 

Pada 2017, Abby mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. 

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
 

Must-Watch Video

Advertisement