Skip to main content

Hiburan

Fenomena High Council Terus Kuasai Pawagam, KUDRAT 1968 Catat Kutipan RM20 Juta

Fenomena High Council Terus Kuasai Pawagam, KUDRAT 1968 Catat Kutipan RM20 Juta

Sekilas

  • Filem KUDRAT 1968: High Council berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM20 juta sejak tayangan pada 29 Oktober lalu.
  • Astro Shaw merancang jelajah peminat ke Pantai Timur dan Borneo serta pelbagai inisiatif menarik untuk peminat KUDRATICS.
  • Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat dan mengangkat tema konflik kuasa, persahabatan, dan kesetiaan dalam dunia High Council.
Advertisement

Fenomena KUDRAT 1968: High Council berterusan apabila filem terbitan Astro Shaw ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM20 juta setakat ini, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap francais High Council. 

Sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober lalu, KUDRAT 1968: High Council terus menjadi antara filem yang hangat diperkatakan, didorong oleh kekuatan penceritaan, barisan pelakon berbakat serta sokongan padu peminat yang dikenali sebagai KUDRATICS.

Advertisement

Menurut Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL, Raja Jastina Raja Arshad, catatan kutipan ini merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna ditambah pula ia sejajar dengan perkmebangan dunia Astro Shaw Cinematic Universe.

"Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan pencapaian RM20 juta ini. Apa yang lebih bermakna buat kami adalah melihat bagaimana dunia High Council terus berkembang dalam Astro Shaw Cinematic Universe dan mendapat sokongan yang begitu kuat daripada penonton, khususnya KUDRATICS yang sentiasa bersama kami sejak awal.

"Kami juga sangat terharu melihat sambutan peminat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan, termasuk House of KUDRAT 2.0 serta siri jelajah bertemu peminat di Selatan dan Utara tanah air yang baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu.

Advertisement

Kehadiran ribuan peminat yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu barisan pelakon benar-benar memberikan semangat kepada kami untuk terus mendekati mereka.

Dan perjalanan ini belum berakhir, Kami merancang untuk meneruskan jelajah ke Pantai Timur dan insya-Allah, Borneo pula selepas ini. Banyak lagi inisiatif menarik sedang dirancang khas buat KUDRATICS sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada fenomena KUDRAT 1968,” katanya.

Dibintangi Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, filem arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini bakal membawa penonton menyelami konflik yang lebih besar dalam dunia High Council, dengan konflik kuasa, persahabatan dan kesetiaan menjadi taruhan.

KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan Golden Screen Cinemas, manakala produksi dikendalikan oleh PASAL Productions.

Untuk perkembangan terkini, ikuti akaun media sosial rasmi Astro Shaw dan gunakan tanda pagar #KUDRAT1968.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement