gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Kongsi Momen Azlan Komeng Tahu Fasal Kehamilan - “Aku Tahu Dia Selalu Menangis Dalam…”
HIBURAN
Che Ani Premium Jadi Cik Annie? Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Diciplak - "Nak Ikut Jejak Saya, Ikutlah Cara Yang Betul"
HIBURAN
Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Adik-Adik, Jom Layan Ejen Ali The Movie, Keletah Si Tayo & SMK Musim 2 Sepanjang PKPB Ini!

Amri Hassan
Amri Hassan
23/10/2020
07:48 MYT
Sponsor Banner
Adik-Adik, Jom Layan Ejen Ali The Movie, Keletah Si Tayo & SMK Musim 2 Sepanjang PKPB Ini!
Manfaatkan masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan pelbagai seleksi rancangan menarik di saluran Astro Ceria (631).
Tonton tiga rancangan menarik ini SMK Musim 2, Tayo the Little Bus dan Ejen Ali the Movie yang pasti akan menghiburkan seisi keluarga anda!
Bagi peminat setia Geng SMK Musim 2, rancangan ini kembali dengan siri komedi yang memaparkan kisah mereka menyesuaikan diri dengan perubahan di sekolah disebabkan oleh norma baharu.
Tayo the Little Bus musim ketiga pula akan membawa anda menjelajahi bandaraya yang sibuk bersama bas-bas kerdil.
Tayo sering melakukan kesilapan tetapi berjaya mengatasinya dengan bantuan rakan-rakannya iaitu Rogi - bas hijau yang mesra, Lani - bas kuning yang periang, Gani yang rajin dan ramai lagi.
Manakala, bagi peminat animasi Ejen Ali, inilah masanya untuk anda menonton Ejen Ali the Movie!
Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS.
Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA.
Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya.
Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.
Jangan lepaskan peluang menonton Tayo the Little Bus setiap Isnin hingga Rabu pukul 12 tengahari, SMK musim kedua setiap Rabu pukul 9 malam dan Ejen Ali the Movie pada Sabtu (24 Oktober) pukul 9 malam.
Topic Berkaitan
#Ejen Ali The Movie
#Geng SMK
#Tayo The Little Bus
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement