Skip to main content

Hiburan

“Jika Benar Kita Ditakdirkan Bersama…” – Farid Kamil Kongsi Foto Dengan Seorang Wanita Di FFM35, Ramai Doakan

“Jika Benar Kita Ditakdirkan Bersama…” – Farid Kamil Kongsi Foto Dengan Seorang Wanita Di FFM35, Ramai Doakan

Sekilas

  • Pelakon Farid Kamil berkongsi foto bersama seorang wanita di Festival Filem Malaysia ke-35 dengan kapsyen penuh makna tentang takdir dan cinta.
  • Farid berharap hubungan mereka diberkati dan kekal hingga ke syurga, walaupun tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian.
  • Pengikut dan rakan artis memberi sokongan dan doa, namun identiti wanita serta status hubungan mereka tidak didedahkan.
Advertisement

Pelakon Farid Kamil mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Menerusi Instagram, Farid mengiringi foto berkenaan dengan kapsyen mengenai pertemuan yang tidak dirancang, selain menitipkan harapan agar hubungan yang ditakdirkan berkekalan hingga ke syurga.

 

 “Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir.

“Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan… akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.

“Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri.

“Aku tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian. Namun, jika Allah mengizinkan, biarlah langkah ini bermula dengan Bismillah, disertai keikhlasan dan berakhir dengan reda-Nya.

“Kerana cinta yang paling indah bukan sekadar menemukan dua hati, tetapi membawa kedua-duanya semakin dekat kepada Ilahi.

“Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan.

“Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga,” tulisnya sebelum mengakhiri kapsyen dengan ungkapan ‘Ku Laksamana Cinta’.

Menjengah ruangan komen, ada yang tersentuh membaca kapsyen tersebut, manakala beberapa pengikut turut menitipkan doa buat Farid.

“Sebak baca caption.

“Wow I tunggu jemputan cings,” seloroh pelakon Adeline Tsen.

“Smg d thn dpn kembali bertemu jodoh.

“Tahniah @faridkamilz moga bahagia till jannah.

“Syantik… sama cantik sama padan…semoga bahagia hingga ke jannah…” komen beberapa pengguna.

Bagaimanapun, Farid tidak menyatakan identiti wanita berkenaan atau status hubungan mereka dalam kapsyen tersebut.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement