Pengacara berbakat, Che Puan Sarimah Ibrahim kini menanti hari untuk menyambut kehadiran puteri sulungnya.
Memasuki usia kehamilan yang sudah melewati lapan bulan, Sarimah mengakui dirinya aktif bersenam ketika mengandung.
"Saya akui saya aktif bersenam dan kehamilan tidak menjadi alasan untuk saya tidak mengeluarkan peluh.
"Saya juga makan seperti biasa... Semuanya berpada-pada dan saya mengikut nasihat doktor untuk melebihkan vitamin dan zat yang diperlukan ibu hamil.
"Biarpun di awal fasa kehamilan saya mengalami alahan yang agak serius, saya gagahkan diri juga untuk bersenam kerana saya sudah terbiasa untuk melakukan aktiviti kecergasan.
"Apa yang penting, sebelum saya bersenam dan mengeluarkan peluh, saya sudah mendapatkan nasihat doktor. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja," katanya.
Sarimah ditemui di majlis pelancaran produk 'Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee' serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana baru-baru ini.
.png)
Dalam pada itu, pelantun lagu Kini Kau Tiada ini juga mendedahkan pada awalnya, dia agak risau dengan berat badannya naik mendadak.
"Apabila saya mengalami pengalaman kehamilan sulung di usia 41 tahun, sudah tentu saya risau dengan berat badan.
"Tetapi disebabkan saya aktif ketika hamil, semuanya baik-baik sahaja, Alhamdulillah.
"Sekarang, berat badan saya hanya naik 8.5 kilogram sahaja di usia kehamilan yang sudah mencecah 8.5 bulan," katanya lagi.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.