Skip to main content

Kpop

Cinta Dua Bintang The Glory, Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Kandas

Cinta Dua Bintang The Glory, Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Kandas

Sekilas

  • Pasangan pelakon Korea Selatan, Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun, disahkan berpisah selepas tiga tahun menjalin hubungan.
  • Agensi kedua-dua pelakon mengesahkan perpisahan itu dan memohon agar peminat memberi ruang kepada mereka.
  • Mereka mula berkenalan ketika membintangi siri Netflix The Glory pada 2022 dan mengesahkan hubungan cinta pada April 2023.
Advertisement

Tiga tahun menyulam cinta, pasangan pelakon Korea Selatan, Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun  harus menelan pil pahit apabila hubungan mereka kandas di tengah jalan.

Khabar perpisahan dua bintang siri The Glory itu disahkan oleh agensi Do Hyun, 27,  lapor Soompi.

Advertisement

“Benar, mereka baru-baru ini telah berpisah. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik dan terus saling menyokong,” kata wakil agensi tersebut.

Agensi Ji Yeon, 33,  Artist Company, turut mengesahkan perkara sama.

“Oleh kerana laporan ini berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka, maka kami di agensi meminta agar semua pihak dapat memberi ruang.

Advertisement

Bagaimanapun, jadual kerja yang padat dipercayai menyebabkan mereka semakin jarang meluangkan masa bersama, sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja dalam industri hiburan.

“Kami juga tidak mempunyai banyak maklumat termasuk sebab atau waktu sebenar perpisahan mereka.

“Kami berharap orang ramai terus memberikan perhatian dan sokongan terhadap aktiviti serta karier Ji Yeon pada masa akan datang,” menurut kenyataan agensi itu.

Aktor dan aktres tersebut mula berkenalan ketika sama-sama membintangi siri Netflix, The Glory pada 2022.

Hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai sebelum kedua-duanya mengesahkan sedang menjalin cinta pada April 2023.

Ji Yeon mencuri perhatian menerusi wataknya sebagai Park Yeon-jin, antagonis utama dalam The Glory sementara Do Hyun membawa watak Ju Yeo-jeong, seorang pakar bedah plastik yang menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement