Selepas bergelar penyanyi, pengacara, pelakon dan pencipta lagu, selebriti serba boleh, Alif Satar kini mengorak langkah sebagai seorang penerbit.
Bersama rakan baiknya, Ahmad Zainuddin, hos rancangan Big Stage ini menerbitkan telefilem pertamanya yang berjudul Rindu Cinta Zulaika menerusi syarikat produksi Cupro.
"Saya sudah mencuba pelbagai cabang seni semenjak muncul dalam bidang seni. Semuanya sudah saya cuba dan saya rasa saya sudah bersedia untuk bergelar produser.
"Menerusi telefilem Rindu Cinta Zulaika ini, selain bergelar penerbit, saya juga turut membintanginya bersama Uqasha Senrose, Ruzana Ibrahim, Riz Amin, PU Riz dan ramai lagi. Ia akan bersiaran di RTM," kata Alif.
Alif ditemui ketika majlis pembukaan Harman Studio di Sunway Geo Avenue baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama Alif turut diumumkan sebagai duta lepada Harman Studio.

"Sejujurnya, saya tak sangka dan terkejut kerana jenama ini memilih saya untuk menjadi 'wajah' mereka. Ini merupakan pelantikan pertama saya sebagai duta pada tahun ini.
"Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai rezeki dan saya berbesar hati menerimanya. Lagipun, saya memang merupakan pengguna gajet-gajet berkualiti keluaran jenama ini seperti pembesar suara dan headphone," katanya lagi.