Sekilas
- Pelakon Dai Fuad meluahkan hasrat untuk memegang watak sebagai super hero Jepun terkenal, Kamen Rider.
- Hasrat itu timbul selepas tular video suntingan peminat yang menggabungkan Kamen Rider dengan filem KUDRAT 1968.
- Dai Fuad berkongsi bahawa Kamen Rider mempunyai nilai nostalgia kerana ia mengeratkan hubungan dia dengan abang-abangnya.
Pelakon, Dai Fuad meluahkan hasrat untuk memegang watak sebagi seorang super hero terkenal Jepun iaitu Kamen Rider.
Menurut Dai, dia mula menginginkan untuk membawa karakter tersebut selepas tularnya satu trend yang dibuat peminat filem KUDRAT 1968: High Council yang menyunting video para pelakon utama sebagai watak Kamen Rider.
“Mungkin ini satu impian saya. Bila keluarnya trailer filem KUDRAT 1968 sebelum ini, ada peminat yang menyunting video Kamen Rider x KUDRAT.
“Jadi, mungkin impian saya selepas ini adalah untuk memegang watak sebagai seorang Kamen Rider,” katanya kepada Gempak.
Dai berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada program Santuni Pelajar di UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pemilik nama Muhammad Fuad Abd Rahman ini memaklumkan bahawa Kamen Rider merupakan salah satu adiwira yang diminatinya dan mempunyai nostalgia yang tersendiri.
“Wakat Kamen Rider itu sendiri ada satu ‘soft spot’ dalam diri saya kerana disebabkan cerita itulah saya mula rapat dengan abang-abang saya terutama abang yang sulung.
“Jadi bila tularnya video suntingan itu, nostalgia saya bersama abang-abang mula terimbau. Terima kasih kepada mereka yang kreatif menyunting video tersebut,” kongsinya lagi.