Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

Asyikin Mayudin
26/06/2024 01:55 MYT
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan, doktor mengesahkan anak penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais telah didiagnos autisme tahap satu.

Tanda Awal Autisme

Bersyukur akhirnya mengetahui keadaan sebenar kesihatan Seth, Shila memberitahu dia sudah menyedari beberapa tanda-tanda awal yang nampak pada anak sulungnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Semua A Dalam SPM, Shila Amzah Ucap Tahniah Kepada Adik Ipar - " Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Adik Ipar Tunggal Saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

Menerima pertanyaan daripada netizen di Instastory, Shila berkongsi tanda-tanda itu ketika Seth berusia setahun lima bulan.

Ini antara tanda-tanda yang Shila nampak pada Seth;

#1. Tiada eye contact / minimal

#2. Suka main seorang diri


#3. Tiada perkataan seperti mama, makan dan susu

#4. Suka susun objek seperti kereta, lego dan apa-apa saja yang berwarna

#5. Tak pandai guna jari tunjuk, dia akan ‘hand leading’ bila mahukan sesuatu, contonya bila nak susu dia tarik tangan kita untuk ambil botol susu dia

#6. Tantrum dan meltdown, guling-guling atas lantai bila tak dapat sesuatu

#7. Sensory issues (tak suka potong rambut, potong kuku, sikat rambut, pijak benda bertekstur, pegang benda melekit)

#8. Picky eater (waktu ni Seth cuma suka makanan bergoreng sahaja, jadi tak ada ice cream, tiada bubur dan sup)

Pada perkongsian lain, Shila turut memberitahu dia sudah menyedari keadaan anaknya sejak awal lagi namun tidak mendapat sokongan dan terpaksa melaluinya seorang diri.

Mula Beli Mainan Bersesuaian

Bagaimanapun sebaik sahaja selesai kes perceraian dengan bekas suami, Shila mulakan dengan membeli mainan sama seperti di pusat terapi untuk anaknya.

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Apabila dia hampir berusia dua tahun, dia didiagnosis sebagai ‘selective mutism’ dan suspek autism. Dia mempunyai semua sifat sejak awal, tetapi malangnya saya tidak mendapat sokongan untuk melaluinya sendiri.

“Saya menunggu sehingga perceraian saya berakhir. Sejujurnya saya tak kuat nak hadapinya, daripada hantar dia pergi terapi, dengan cara pemulihan mental saya sendiri, saya beli semua sensory toys untuk Seth dan ajar dia.

“Setiap mainan yang anda boleh temui di pusat terapi, saya membeli semuanya. Kemudian akhirnya pada usia 3, dia mula mengeluarkan empat perkataan pertamanya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Shila juga bersyukur apabila suaminya iaitu pempengaruh Ubai MZ banyak membantu dan mengajar Seth tentang perkara baru.

“Hati saya berdegup kencang, hanya tuhan yang tahu. Oleh itu, saya tahu betapa pentingnya persekitaran untuk anak kita. Apabila keadaan lebih selamat, dia akhirnya bercakap.

“Kemudian saya bertemu dengan suami saya, Ubai. Dia menunjukkan dan mengajar Seth banyak perkara baru yang sepatutnya telah diajar oleh seorang bapa.

“Tiada apa-apa yang mencetuskan kami sebenarnya, kami hanya mahu memastikan, dan memberikan pendidikan yang betul untuk Seth. Itu sahaja. Semua untuk cinta,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setelah Nampak Isteri Ditidurkan, Potong Perut 7 Lapis…” - Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak Beranak, Lepas Beranak Pun Cantik!" - Netizen Puji Kejelitaan Shila Amzah Lalui Proses Bersalin, Nampak Glowing

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai Ulas Isu Bapa Culas Bayar Nafkah - “Ikut Suka Hati Netizen Nama Siapa Yang Mereka Nak Petik”

#Shila Amzah #Autisme #Ubai #Shila anak #Anak Shila Amzah #Autisme tahap 1 #Tanda Autisme
;