gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Air Ketuban Pecah Awal, Elisya Sandha Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Kedua - “Panik Seperti Pertama Kali Bersalin…”
VIRAL
Netizen Seronok ‘Follow’ Aliff Syukri, Puji Konten Kini Lebih Matang - “Papa Janji Bila Dah Nak Masuk Umur 40…”
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: “Pelajar Terlibat Nahas Syahid Akhirat” - Timbalan Mufti Perak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Arwah Diseret Kira-Kira 2KM.." - Pakcik Aishah Azman Jadi Mangsa Langgar Lari Pemandu Mabuk

gempak
Zulaikha Yusof
01/06/2020
07:18 MYT
Sponsor Banner
"Arwah Diseret Kira-Kira 2KM.." - Pakcik Aishah Azman Jadi Mangsa Langgar Lari Pemandu Mabuk
Pelakon Aishah Azman berkongsi berita menyayat hati yang melibatkan kematian bapa saudaranya, Mohd Zaili Mohamad selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Menurut Aishah, arwah telah diseret sejauh 2 kilometer (km) dari lokasi kejadian dengan keadaan mangsa berada di bawah kereta jenis (MPV) yang dipandu pemandu mabuk.
"Kes mabuk langgar lari, minta doakan arwah pakcik saya ditempatkan dalam golongan umat yang beriman, amin. Hadiahkan pakcik saya (Mohd Zaili bin Mohamad). Al-fatihah.
"Ini keadaan ketika arwah pakcik Aishah dilanggar si pemandu mabuk, arwah diseret kira-kira 2 km daripada tempat kejadian.
"Tak dapat dibayangkan betapa seksa arwah ketika ini. Arwah berada di bawah kereta," kongsinya di Instagram (IG).
Ketika dihubungi Gempak, Aishah menyatakan dia mengetahui berita tersebut dalam pukul 1 pagi tadi.
"Saya dapat berita ini dalam pukul 1 pagi. Sekarang ini jenazah berada dalam unit forensik kerana masih dalam siasatan pihak polis.
"Insya-Allah kalau takda aral melintang, jenazah arwah akan dikebumikan malam ini juga atau pagi esok," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Tambah pelakon drama Suri Katriana, arwah adalah antara ahli keluarga yang rapat dengan dirinya.
"Arwah merupakan adik kepada ibu. Jadi dia rapat dengan semua ahli keluarga saya," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah berharap agar pemandu tersebut akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
"Aku mohon pada pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal pada pemandu tak bertanggungjawab ni.
"Moga Allah membalas segala apa yang dilakukan oleh pemandu mabuk ni," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
#Langgar Lari
#Aishah Azman
#Pemandu Mabuk
Must-Watch Video