Skip to main content

Budaya Popular

"Ayah... Dah 6 Kali Ramadan Tanpa Ayah.." - Tunai Umrah Di Makkah, Dira Abu Zahar Luah Rasa Rindu Kepada Arwah Bapa

dir.jpg
Pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Datuk Seri
Abu Zahar Ithnin.

Sedang berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah, Dira memuat naik foto arwah
menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

"Ayah... Dah 6 kali Ramadan tanpa ayah.. Dulu datang Mekah buat Umrah ayah ada. Ingat lagi,
selipar ayah hilang, balik hotel kaki ayam.

"Orang tanya kenapa, ayah senyum je jawab selipar kene curi. Haha.. Buat saei, ayah buat dengan
cucu, Shahideen. Dukung, kelek, papah, heret pun ada si budak gemuk tu.

"Ayah je larat layan dia sebab masa tu umur dia 10 tahun. Macam-macam perangai dia. Ayah je
larat layan sebab sayang betul ayah dengan cucu yang sorang ni.

"Ayah. Rindu Umrah dengan ayah. Moga tenang. Tunggu Ira. Al-Fatihah," tulis Dira.
 

Rata-rata netizen turut sebak membaca luahan hati bekas pengacara Melodi itu.

Sebelum memuat naik foto bapanya, Dira turut memuat naik fotonya dihadapan Kaabah meluahkan
rasa syukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah Umrah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. . Lama berdoa nak datang lagi. Hampir 20tahun menanti. Dulu ada mak dan arwah ayah. Kali ni berteman doa dan tawakallah. . Syukur.. Allah bg yg cukup istimewa. Ramadhan di sambut penuh makna. Gembiranya hati Sampai tak terkata. Diam kejap, tenung sahaja Apa yg ada di depan mata. Sambil dlm hati, bersyukur, bersyukur, bersyukur pada yg Maha Esa. . Ok dah. Nnt emo lagi. Tak pernah tak berkaca mata tiap kali solat. Gembira sebak syahdu. Ingat arwah ayah, rindu. Ingat mak, rindu. Ingat anak- anak, lagi laahhh rinduuu. . Mudah2an ada rezeki nnt. Kita kembali lg ke tanah suci. Dgn anak- anak dan mak yg teramatlahhhh aku cintai.. . Salam Ramadhan Al Kareem. Moga kali ini lebih baik dari yg sebelum2nya. . Moga Kita juga akan jadi yg lebih baik dari sebelum2nya. . Jaga diri. Jaga adab. Tertib. . Aminnnnn..

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on


"Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Lama berdoa nak datang lagi. Hampir 20
tahun menanti. Dulu ada mak dan arwah ayah. Kali ni berteman doa dan tawakallah.

"Syukur.. Allah bagi yang cukup istimewa. Ramadan disambut penuh makna. Gembiranya hati sampai
tak terkata. Diam kejap, tenung sahaja apa yang ada di depan mata. Sambil dalam hati,
bersyukur, bersyukur, bersyukur pada yang Maha Esa.

"Ok dah. Nanti emo lagi. Tak pernah tak berkaca mata tiap kali solat. Gembira sebak syahdu. 
Ingat arwah ayah, rindu. Ingat mak, rindu. Ingat anak-anak, lagilah rindu.

"Mudah-mudahan ada rezeki nanti. Kita kembali lagi ke Tanah Suci. Dengan anak-anak dan mak yang
teramatlah aku cintai. Salam Ramadan Al Kareem. 

"Moga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Moga kita juga akan jadi yang lebih baik dari
sebelumnya. Jaga diri. Jaga adab. Tertib. Amin," tulis Dira lagi.

Bapa Dira, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin meninggal dunia pada 12 Julai 2013.

Allahyarham merupakan bekas Ketua Menteri Melaka ke-8 dan menjawat jawatan itu dari tahun 1997
hingga 1999.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video