HIBURAN
"Bapak Borek Anak Rintik" - Comelnya Yusuf Iskandar Tiru Hairul Azreen Menari!
Pelakon popular, Hairul Azreen berkongsi sepotong video menunjukkan anak pertamanya, Yusuf Iskandar menari.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Yusuf menari seakan-akan meniru gaya tarian Hairul yang turut ditunjukkan di pengakhiran video tersebut.
"Bila tengok balik saya pun gelak, love you so much @theyusufiskandar," tulis Hairul ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak itu dan meninggalkan pelbagai komen.
"Bapak borek anak rintik.
"Dia dah nampak macam perangai daddy dia yang kelakar tu lah.
"Tengok berkali-kali, sumpah kelakar, sebiji bapaknya," tulis netizen.
Imbas kembali, Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf dan adik perempuannya, Alisa Aisyah.
Must-Watch Video