Skip to main content

Belasungkawa

Jenazah A Samad Said Selamat Dikebumikan

Jenazah A Samad Said Selamat Dikebumikan

Sekilas

  • Jenazah Sasterawan Negara keempat, Datuk Seri A Samad Said, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
  • Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 94 tahun dikenali sebagai tokoh penting dalam kesusasteraan Melayu moden dengan karya-karya seperti Salina dan Sungai Mengalir Lesu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Beliau menerima pelbagai anugerah sepanjang hayat termasuk Anugerah Pejuang Sastera, SEA Write Award, dan gelaran Datuk dari Negeri Melaka pada 1997.
Advertisement

Jenazah Sasterawan Negara keempat, Datuk Seri A Samad Said, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar pukul 10.53 pagi, Rabu.

Allahyarham, yang menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam pada usia 94 tahun, sebelum itu disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, pada jam 10.15 pagi.

Advertisement

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, selain kenalan rapat Allahyarham termasuk penyanyi dan komposer terkenal Datuk M. Nasir serta tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.

Bacaan talkin disempurnakan oleh Ketua Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Ustaz Muhammad Ansari Paslan.

Pada 23 November, Allahyarham dilaporkan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.

Advertisement

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam dalam dunia kesusasteraan Melayu, khususnya selepas lebih tujuh dekad mengabdikan diri dalam bidang penulisan.

Allahyarham merupakan antara tokoh paling berpengaruh dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden, bukan sekadar dikenali sebagai penyair dan novelis, malah sebagai suara nurani rakyat, penggerak budaya serta lambang keteguhan bahasa Melayu.

Karya-karya Allahyarham yang dekat dengan denyut kehidupan masyarakat menjadikan beliau antara nama yang terus dikenang dalam perkembangan sastera tanah air.

Allahyarham dilahirkan pada 9 April 1932 dan dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara keempat pada 1985.

Antara karya terkenal beliau termasuk Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi dan Lantai T. Pinkie.

Karya Salina turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris dan Perancis, manakala beberapa karya lain diadaptasi ke pentas teater dan drama.

Sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan turut mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Pejuang Sastera pada 1976, SEA Write Award pada 1979 dan Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Allahyarham turut menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Bear Tale Finger Painting Book

Bear Tale Finger Painting Book

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

Berdua (Masih) Lebih Baik

Berdua (Masih) Lebih Baik

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement