Sekilas
- Pelakon Shiqin Kamal sah bergelar isteri kepada Mika Irfan dalam majlis akad nikah di Glamhall Damansara, Petaling Jaya.
- Shiqin menerima dua dinar emas sebagai mas kahwin dan pasangan bertukar dulang hantaran dengan jumlah keseluruhan 12 dulang.
- Majlis dihadiri oleh keluarga, sahabat, dan media serta disempurnakan oleh jurunikah Ustaz Abd Salam Mahmud.
Pelakon, Shiqin Kamal kini sah bergelar isteri kepada Mika Irfan,28 dengan sekali lafaz pada pukul 12 tengah hari, Rabu di Glamhall Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang juga Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abd Salam Mahmud, manakala abang sulung Ashiqin iaitu Firodzeen Kamal hadir sebagai wali.
Ketika akad berlangsung, Shiqin tampil anggun dengan busana pengantin serba putih.
Shiqin atau nama penuhnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 35 telah menerima dua dinar emas sebagai mas kahwin.
Pasangan itu turut bertukar dulang hantaran dengan pihak lelaki menyediakan lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Shiqin.
Majlis turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.