Skip to main content

Selebriti

"Boleh Sewel Hidup..." - Aliff Syukri Makin Buntu Buat ‘Content’ Media Sosial

"Boleh Sewel Hidup..." -  Aliff Syukri Makin Buntu Buat ‘Content’ Media Sosial

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sukar menyesuaikan diri dengan perubahan pemasaran yang kini lebih bergantung pada media sosial.
  • Dulu, dia hanya perlu labur besar dalam iklan tradisional, tapi sekarang perlu hasilkan sendiri konten setiap hari untuk kekal relevan.
  • Walaupun masih guna media mainstream, Aliff akui pengaruh media sosial lebih kuat dan siapa yang dominan di situ akan jadi 'raja'.
Advertisement

Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya mengalami kesukaran berdepan dengan perubahan pemasaran perniagaan masa kini.

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff berkata kewujudan media sosial telah memberikan kesan yang besar buat perniagaannya.

Advertisement

Jika dahulu dia menyerahkan segala idea kandungan (content) pada pihak media, namun kini dia juga perlu menghasilkannya sendiri.

“Penat sangat hidup dalam era hari ini. Setiap hari nak kena buat konten dan fikir konten apa nak buat besok. Kalau dulu senang sahaja, laburkan  duit sebulan RM2 juta terus dapat RM15juta. TV, iklan, radio, surat khabar dan majalah semua saya pernah buat.

“Sekarang ini dah terbalik,kita founder kena fikir konten apa nak kena buat. Kalau tak buat nanti tengelam pula. Boleh sewel hidup macam ini. Minta maaflah kalau posting konten saya membosankan sebab saya malas nak fikir. Main post sahaja,”tulisnya.

Advertisement

Mengulas mengenai mengapa dia tidak menggunakan kepakaran pihak media ‘mainstream’ seperti biasa, Aliff berkata dia masih menggunakan khidmat mereka, namun pengaruh media sosial amat kuat sehingga boleh dianggap sebagai ‘raja’.

“Ramai pula yang komen kenapa tak guna media mainstream, tak mampu ke?  Bukan soal tak mampu awak, saya keluar sahaja billboard tepi jalan raya, saya keluar sahaja radio tetapi impak sosial media amat kuat sekarang.  

“Siapa yang kuat kat media sosial  akan jadi king. Ada orang boleh terima atau sebaliknya. Ini pandangan saya sahaja,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Plagiarism + AI Checker 𝑻𝒖𝒓𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏 | No Repository [Fast]

Plagiarism + AI Checker 𝑻𝒖𝒓𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏 | No Repository [Fast]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement