Skip to main content

Selebriti

“Pulang Ke Rumah Tanpa Sesiapa Menanti...” - Isa Khan Belajar Biasakan Diri Hidup Sendiri

“Pulang Ke Rumah Tanpa Sesiapa Menanti...” - Isa Khan Belajar Biasakan Diri Hidup Sendiri

Sekilas

  • Isa Khan kini sedang belajar untuk membiasakan diri menjalani kehidupan sendirian tanpa kehadiran sesiapa di sisi.
  • Dia berkongsi perasaan kesunyian yang kadang-kadang terasa berat, namun tetap berusaha untuk bersyukur dan percaya setiap ujian ada hikmah.
  • Isa juga menafikan spekulasi mengenai status rumah tangganya dengan Nur Risteena dan memilih untuk tidak mengulas hal peribadi secara terbuka.
Advertisement

Pelakon, Isa Khan mengakui dirinya kini sedang belajar untuk membiasakan diri dengan menjalani kehidupan tanpa kehadiran sesiapa di sisi.

Menerusi perkongsian di media sosial, Isa memuat naik satu hantaran yang seolah-olah merupakan luahan perasaannya.

Advertisement

Menurut Isa, rutin kehidupan yang dilaluinya kini sedikit berubah berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun kata Isa, walaupun dia sedang membiasakan diri namun ada ketikanya kesunyian yang dirasai begitu berat sehingga membuatkan dirinya penat untuk berpura-pura kuat.

“Kini aku belajar untuk menjalani kehidupan dengan sendiri, pulang ke rumah tanpa sesiapa menanti, melalui hari tanpa teman di sisi dan biasakan diri dengan sunyi yang dahulu tidak pernah aku kenali.

“Ada waktunya sepi terasa begitu berat, ada ketika hati terlalu penat untuk berpura-pura kuat,” coretnya.

Advertisement

Namun kata Isa, dia tidak mahu terus meratapi kehilangan yang berlaku, sebaliknya mahu belajar untuk lebih menghargai segala nikmat yang masih dikurniakan Allah SWT.

Isa juga percaya setiap ujian yang dilalui pasti mempunyai hikmah, selain yakin setiap kesulitan akan menemukan jalan penyelesaian.

“Tapi aku percaya Allah Swt tak pernah tinggalkan aku, Dia tempat aku mengadu, tempat aku bersandar dan satu-satunya tempat hati ini menemukan ketenangan.

“Aku tidak mahu terlalu meratapi apa yang telah hilang, tapi aku mahu belajar untuk bersyukur dengan apa yang masih Allah Swt pinjamkan hari ini.

“Aku yakin setiap ujian pasti ada hikmah, setiap kehilangan pasti ada pengajaran dan setiap kesulitan pasti ada jalan.

“Ya Allah, kuatkan hati ini untuk terus melangkah, lapangkan jiwa ini untuk menerima takdir Mu dan jangan pernah biarkan aku jauh daripada rahmat Mu,” jelasnya.

Sebelum ini, Isa memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai status rumah tangganya dengan aktres Nur Risteena.

Menurut Isa, ada perkara yang tidak perlu dikongsikan kepada umum terutama yang melibatkan hal peribadinya.

Untuk info, spekulasi mengenai rumah tangga Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat selepas pelakon itu memuat naik foto di laman sosial.

Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan telah memuat naik sebuah foto yang berlatar belakang berwarna hitam dengan tulisan 2019-2026 seolah memberitahu hubungan itu sudah menemui titik noktah.

Namun Isa menegaskan perkongsian itu hanya sekadar gurauan yang dimuat naik di laman sosial dan tidak melibatkan hal peribadinya.

Isa mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada aktres Ruhainies pada 12 Mac 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram @theisakhan

 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement