gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fizz Fairuz ‘Resign’ Sebagai Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Doa - “Dijauhi Dengan Orang Hati Busuk & Suka Naya…”
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Belakang Hari Mereka Ni 'Play Victim... Apa Lagi Yang Ada Raut Wajah Lembut Acah-Acah Suci" - Lufya Akui Dipukul Suami Ketika Hamil?

Badrul Hashim
Badrul Hashim
23/09/2019
00:30 MYT
Sponsor Banner
"Belakang Hari Mereka Ni 'Play Victim... Apa Lagi Yang Ada Raut Wajah Lembut Acah-Acah Suci" - Lufya Akui Dipukul Suami Ketika Hamil?
Semakin terbuka 'pekung' kisah rumah tangga Lufya Omar dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz apabila Lufya memuat naik kisah suami memukul isteri di Instagram miliknya.
Terkini Lufya berkongsi perbualannya dengan seorang wanita yang turut berkongsi gambar kecederaan yang dialaminya. Melalui perbualan tersebut, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar kecederaan yang dialami oleh Lufya daripada pengetahuan suaminya.
Pada entri yang sama di ruangan komen, Lufya seolah-olah turut memberikan gambaran bahawa dia juga dicederakan suaminya ketika sedang hamil, apabila menjawab komen seorang pengikutnya di Instagram.
"I tengah preggy pun pernah kena tumbuk, sepak terajang... depan family dia pijak semut tak mati... last2 nama kita juga busuk," tulis @zuriana_arshad di ruangan komen Lufya.
"@zuriana_arshad sama! Patut kita belajar tomoi la sebeum kawin. Jangan sedih ya. Takpelah. Tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat," balas Lufya kepada yang menulis komen tersebut.
Pada entri tersebut juga Lufya mengakui menerima banyak aduan bergambar aduan-aduan wanita yang dipukul oleh suami masing-masing.
Lufya juga secara sinis menyindir suami yang suka berlagak seperti mereka yang menjadi mangsa di hadapan keluarga dan masyarakat.
"Belakang hari mereka ni akan 'play victim' kat keluarga dan masyarakat. Apa lagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci," tulis Lufya.
Lufya juga memberi beberapa nasihat yang dianggap penting kepada semua wanita yang dianiaya suami demi masa depan diri sendiri dan anak-anak.
Berikut adalah nasihat yang ditulis oleh Lufya pada entri di Instagramnya itu.
1. Terus pergi hospital buat laporan kecerderaan.
2. Pergi balai buat laporan polis bawa laporan kecederaan. (untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kena tangkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kepada suami / boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat lokap.
3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit.
4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan, jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan takut negara kita ada undang-undang.
Baca juga artikel:
"Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami
“Bro Dengar Cerita Pukul Bini, Otak Letak Mana?” – Instagram Suami Lufya Diserang Netizen
“Saya Tunaikan Permintaan Lufya” - Dr. Che Hafiz Mengaku Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp
Kongsi Doa Ketika Ditimpa Ujian, Lufya Omar Dihujani Kata-Kata Semangat Agar Terus Kuat
“Saya Sebagai Isteri Tahu…”- Suami Didakwa Gay, Ini Jawapan Lufya Omar
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#Lufya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement