Skip to main content

Budaya Popular

“Belum Ada Rezeki, Doakan Yang Terbaik…”- Aidil Aziz Reda

fasha-aidil-gugur.jpg
Hasrat Pelakon Aidil Aziz untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas isternya, Fasha Sandha mengalami keguguran.
 
Aidil menerusi akaun Instagramnya akui reda dengan takdir yang telah ditentukan Tuhan dan berharap pengikutnya mendoakan isteri kesayangannya.
 
“Reda itu pasti, sebab belum ada rezeki, kami akan usaha lagi, doakan yang terbaik untuk kami,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. REDHA ITU PASTI , SEBAB BELUM REZEKI , KAMI AKAN USAHA LAGI , DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI. ?????? . . . #aidilfasha

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah selain mendoakan kesejahteraan Fasha.
 
Terdahulu, Fasha telah memaklumkan mengalami keguguran menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
 
Baca: "Ibu Mintak Maaf..." Sedihnya Fasha Sandha Keguguran Di Bulan Syawal
 
Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.
 
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil manakala Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
 

Must-Watch Video

Advertisement