Selebriti versatil, Ifa Raziah bengang apabila pelakon Zarina Anjoulie telah memfitnah dirinya mengajak bekas teman lelaki pelakon itu bermalam di hotel.
Menurut Ifa, Zarina telah memfitnah dirinya di Live Instagram miliknya pada malam sambutan tahun baru.
"Saya memang tidak kenal dan tahu siapa Zarina itu.
"Apabila diberitahu yang Zarina tengah mengata saya di 'Live Instagram', saya terus buka dan lihat sendiri.
"Tiba-tiba nama saya disebut, katanya saya skandal dengan bekas teman lelakinya.
"Apa hal pulak, saya tidak kenal siapa bekas teman lelakinya. Jangan sentuh dan kacau saya.
"Saya malu pada suami dan anak-anak. Nasib baik suami saya ini sejenis yang penyabar malah menenangkan saya kerana dia lebih mengenali isterinya," katanya.
Tambah Ifa, isu ini tidak perlu dibawa ke pihak berkuasa memandangkan Zarina sudah memohon maaf kepadanya.
"Saya terus mesej Zarina secara peribadi lalu menanyakan apa masalah antara dirinya dengan saya.
"Pada keesokkan paginya, dia membalas dengan membuat permohonan maaf kepada saya.
"Saya hanya berdiam diri kerana ingin timbulkan sedikit penyesalan di hatinya kerana melakukan tindakan sebegitu.
"Saya maafkan dia malah Zarina sudah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun IGnya," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).