Skip to main content

Hiburan

Meriah! 3,5000 Peminat ‘Galau’ Di Fabio Asher The Romanticist

Meriah! 3,5000 Peminat ‘Galau’ Di Fabio Asher The Romanticist

Sekilas

  • Fabio Asher menghiburkan kira-kira 3,500 peminat dengan 18 lagu termasuk Mahir Memberi Luka dan Rumah Singgah dalam konsert The Romanticist Live di Kuala Lumpur.
  • Fabio berduet dengan Aina Abdul menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu dan Ahmad Daniel dalam lagu Bisakah, sambil Aina menyanyikan Sesaat ciptaan Fabio.
  • Konsert solo ketiga Fabio di Malaysia ini turut menyaksikan momen emosional apabila Fabio sebak menyanyikan lagu Berharap Kau Kembali khas untuk ibunya.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Fabio Asher berjaya mencipta momen indah buat kira-kira 3,500 peminat yang hadir ke konsert Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur.

Fabio menghiburkan peminat yang hadir dengan mendedangkan kira-kira 18 buah lagu antaranya Mahir Memberi Luka, Bertahan Luka, Tersisa Rindu, Berharap Kau Kembali dan Rumah Singgah.

Advertisement

Lebih menarik, Fabio turut menjemput penyanyi Aina Abdul untuk berkongsi pentas dengannya.

Kedua-dua penyanyi itu bergabung suara menerusi lagu hit mereka iaitu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Aina turut mengambil kesempatan untuk menghadiahkan sedikit petikan lagu Sesaat, sebuah karya hasil ciptaan Fabio Asher yang turut mencuri perhatian penonton.

Advertisement

Bukan sahaja Aina, Fabio turut berduet dengan seorang personaliti media sosial Malaysia, Ahmad Daniel menerusi lagu Bisakah.

Dalam kegembiraan itu, Fabio juga gagal menahan sebak sewaktu menyanyikan lagu Berharap Kau Kembali yang dicipta khas buat ibunya.

Sekadar info, Konsert Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur merupakan konsert solo ketiga Fabio di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement