Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Shahir Tersingkir Di Minggu Keempat, Dipuji Cipta Idea Kreatif Jadikan Stacy Di Kedudukan Pertama

GV Fantasia: Shahir Tersingkir Di Minggu Keempat, Dipuji Cipta Idea Kreatif Jadikan Stacy Di Kedudukan Pertama
Advertisement

Penyanyi Shahir reda apabila menerima markah paling rendah dan sekaligus menjadi bintang pertama yang tersingkir di minggu keempat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang berlangsung pada Ahad.

Manakala penyanyi Stacy kembali merampas kedudukan Zahid di tempat pertama apabila meraih markah tertinggi pada minggu ini.

Advertisement

Stacy turut mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz yang berpendapat penyanyi itu membawa lagu Purnama Merindu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengikut caranya tersendiri.

“Ini memanv pilih lagu Siti, kita tak nak jadi macam Siti. Nak jadi diri kita. Stacy tunjukkan lagu ini cara Stacy. Lagu ini melodi ini penuh kehalusan. Sedikit moden, ada yang mungkin rasa kasar.

“Stacy banyak idea, bila bawa lagu bawa perbezaan. Idea opening agak goyang. Hati-hati sikit. Saya suka range low you. Sangat seksi dan beautiful. Saya tahu Stacy boleh buat. Variasi nada pun sangat cantik, tak berlebihan. Idea sangat kreatif. Just work on the voice,” katanya.

Advertisement

 

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement