Skip to main content

Berita

Acara Lumba Kuda Batal, Majlis Kahwin Anak Ahli Politik Negeri Termiskin Di India Diserbu 400,000 Tetamu

Acara Lumba Kuda Batal, Majlis Kahwin Anak Ahli Politik Negeri Termiskin Di India Diserbu 400,000 Tetamu

Sekilas

  • Anant Singh, ahli politik India, menganjurkan majlis perkahwinan anak perempuannya dengan kehadiran kira-kira 400,000 tetamu di Bihar, negeri yang terkenal sebagai antara termiskin di India.
  • Majlis itu menampilkan hidangan mewah termasuk 500,000 keping manisan tradisional, 1,000 kilogram daging kambing, dekorasi bunga import, dan konvoi 151 kereta sebagai simbol tuah.
  • Acara perlumbaan kuda yang dirancang terpaksa dibatalkan akibat kehadiran orang ramai yang tidak dijemput, sementara Anant Singh menafikan sebarang salah laku walaupun berdepan 28 kes jenayah.
Advertisement

Ahli politik India, Anant Singh, mencuri perhatian apabila menganjurkan majlis perkahwinan anak perempuannya, Shivangi Singh, bersama Rishikesh Kumar, seorang pelajar MBA dari Georgia State University di Atlanta, Amerika Syarikat, secara besar-besaran di negeri Bihar, India.

Ironi, Bihar terkenal sebagai antara negeri termiskin di negara itu.

Advertisement

Majlis yang berlangsung pada Rabu itu menyaksikan kira-kira 400,000 tetamu diraikan di kawasan seluas 2.5 hektar di kediaman keluarga di kampung Nadawa, satu angka luar biasa meskipun India terkenal dengan tradisi majlis perkahwinan mewah.

Menurut orang kepercayaan Anant, Munna Singh kepada Agence France-Presse (AFP), tetamu dihidangkan sebanyak 500,000 keping manisan tradisional selain jamuan istimewa yang disediakan oleh kira-kira 500 tukang masak dan pembantu dapur.

Tidak cukup dengan itu, sebanyak 1,000 kilogram daging kambing dilaporkan digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan termasuk kebab dan kari.

Advertisement

Tetamu turut disajikan dengan dekorasi bunga yang cukup mengagumkan, termasuk bunga-bungaan yang diimport dari China, selain pertunjukan bunga api bagi memeriahkan sambutan.

Bagi menyambut tetamu kenamaan yang tiba dari seluruh India, enam helipad sementara turut dibina di kawasan kampung berkenaan.

Pengantin lelaki, Rishikesh tampil bergaya dengan cermin mata hitam sambil melambaikan selendang berwarna oren ketika tiba di lokasi majlis menerusi konvoi 151 kereta.

Jumlah kenderaan yang ganjil itu dipercayai dipilih kerana masyarakat Hindu menganggap angka ganjil membawa tuah.

Antara hadiah yang diterima pengantin lelaki merupakah sebuah kenderaan mewah Land Rover Defender.

Kemewahan majlis itu turut mencetuskan kesesakan lalu lintas luar biasa di jalan menuju ke lokasi perkahwinan.

Namun, berbeza daripada kebanyakan majlis perkahwinan mewah yang menampilkan persembahan DJ, Anant merancang acara perlumbaan kuda sebagai hiburan utama.

Malangnya, acara itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas orang ramai yang tidak dijemput membanjiri kawasan perlumbaan.

Ada antara mereka sanggup memanjat pokok dan menara elektrik demi mendapatkan pandangan lebih jelas terhadap perlumbaan berkenaan.

Anant bukanlah figura politik yang asing dengan kontroversi. Beliau yang pernah dipilih sebagai wakil rakyat DUN Bihar sebanyak lima kali dilaporkan berdepan 28 kes jenayah yang masih dalam proses, termasuk dakwaan membabitkan pembunuhan, cubaan membunuh, pemerasan dan penculikan.

Kesemua kes berkenaan disenaraikan di laman web Association for Democratic Reforms (ADR), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha meningkatkan tadbir urus serta memperkukuh demokrasi di India.

Bagaimanapun, Anant menafikan sebarang salah laku.

Dalam satu wawancara televisyen sebelum majlis berlangsung, beliau turut menolak tanggapan persiapan perkahwinan anak perempuannya itu sesuatu yang luar biasa.

Menurutnya, beliau pernah menganjurkan majlis dengan skala yang sama untuk anak perempuan sulungnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement