Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Terfikir Mahu Berhenti Dari Industri Seni, Reen Rahim Akui Rindu Nak Berlakon

Reen Rahim

Sekilas

  • Pelakon Reen Rahim menegaskan dia tidak pernah berhenti berlakon walaupun kini tampil dengan imej berhijab dan lebih fokus sebagai usahawan.
  • Reen tidak memilih watak dan bersedia menerima tawaran berlakon jika ada, walaupun ibu dan ibu mentuanya rindu melihat dia berlakon.
  • Dia pernah ditawarkan watak penyondol selepas bertudung, tetapi tawaran itu tidak menjadi kerana imejnya yang berubah.
Advertisement

Tampil dengan imej berhijab, pelakon Reen Rahim menegaskan dia tidak pernah sesekali meninggalkan kerjaya lakonan yang dianggap sudah sebati dalam dirinya. 

 

Advertisement

Menurut Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abd. Rahim, dia hanya menyerahkan segala perjalanan rezekinya pada Allah.

 

“Allah yang pilih jalan untuk saya sekarang sebagai usahawan. Sekiranya Allah bawa saya melalui kembali rezeki untuk berlakon, maka berlakonlah saya. Saya tidak pernah berhenti dan tidak akan berhenti. Saya juga tak pernah nak tolak tawaran berlakon.

Advertisement

 

“Sejak dahulu lagi, susunan kerja sudah terbaik, lepas tamat satu tawaran akan datang yang lain,” katanya kepada Gempak.

 

Mengakui berasa rindu untuk kembali beraksi, wanita berusia 38 tahun itu berkata dia tidak selektif dengan apa jua watak yang ditawarkan.

 

“Ibu dan ibu mentua saya pun rindu tengok saya berlakon tapi dia (ibu) tak nak tengok saya jadi watak-watak baik.

 

“Memanglah rindu sebab itu adalah minat saya. Banyak yang saya belajar dalam diri ini daripada bekerja di lokasi penggambaran. 

 

“Kalau berjodoh dan ada tawaran yang baik, saya akan terima. Saya pun tidaklah memilih mana-mana watak,” ujarnya.


 

Dalam masa sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu mendedahkan pernah menerima tawaran sebagai penyondol, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

 

“Cuma sebelum ini ada satu watak sebagai penyondol dan ketika itu saya baru sahaja bertudung.

 

“Saya berdoa jika terbaik, maka permudahkan. Namun, tawaran itu hanya berlalu, mungkin produksi dah nampak saya bertudung,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement