HIBURAN
Berdepan Dengan Fauziah Nawi, Andi Bernadee Rasa Gementar
Penyanyi baru dan juga bintang program Big Stage, Andi Bernadee bakal muncul dalam sebuah telemovie yang akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.
Menurut Andi, penglibatannya dalam telemovie tersebut merupakan percubaan pertama dirinya menceburi bidang lakonan.
"Saya masih baru dalam industri, saya perlu belajar dan mendapat pendedahan dalam banyak perkara.
"Sukur Alhamdulillah, saya baru sahaja menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan oleh Astro.
"Saya akui agak gementar untuk berlakon, tambahan lagi saya harus berlakon bersama pelakon yang hebat seperti Fauziah Nawi dalam telemovie tersebut," ujarnya.
Andi ditemui di Majlis Pelancaran siri jelajah Jimba Fest Tour anjuran Warner Music Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi).
Selain Andi, Jimba Fest Tour yang bakal berlangsung di enam lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia turut menampilkan Nora Ariffin, Datin Alyah, Altimet, Kaka Azraf dan ramai lagi.
Must-Watch Video