Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menganggap peluang menyanyikan lagu sempena penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur sebagai platform terbaik untuk karier nyanyiannya.
Ayda berkata lagu berjudul Gemuruh Suara itu bukan lagu rasmi acara tersebut tetapi ia akan diperdengarkan sepanjang sukan itu berlangsung nanti.
“Lagu rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu yang saya nyanyikan ini adalah khas buat penyokong menzahirkan sokongan mereka kepada atlet yang bertanding.
“Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong,” katanya.
Ayda baru sahaja selesai menjalani sesi rakaman lagu tersebut.
Sumber: Utusan Online