Skip to main content

Budaya Popular

Bestnya...Jom Berhibur Dengan Drama & Telemovie Di Astro Sepanjang Musim Lebaran Ini!

kpopbefunky-collage.jpg
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Sepanjang musim lebaran ini, anda akan dihiburkan oleh seleksi drama dan telemovie yang akan ditayangkan di beberapa saluran Astro.

Mari kita semak supaya anda tidak ketinggalan menyaksikannya tidak lama lagi.

1. Perang Jozlynn Balik Raya
24 Mei, Ahad 10.00 Pagi di Astro Ria & Ria HD


Kebahagiaan rumah tangga Johan dan Ozlynn terganggu apabila mereka mula bertelagah untuk menyambut raya pertama di kampung Johan atau Ozlynn.

2. Aku Benci Kpop
25 Mei, Isnin 10.00 pagi di Astro Ria & Ria HD


Melati yang berjaya di agensi pelancongan terpaksa melayan kerenah Hyun dari Korea yang berada di Malaysia sehingga raya. Tanpa disangka, Hyun menyimpan perasaan terhadap Melati.

3. Magnificent Century S3
Bermula 26 Mei, Isnin-Jumaat 7.00 malam di Astro Ria & Ria HD


Kisah adaptasi siri drama Turki berkisar mengenai kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Telepecah Muzikal Lawak
27 Mei, Rabu 9.00 malam di Astro Warna & Warna HD


Telemovie khas sempena raya ini yang dibintangi peserta-pesera Muzikal Lawak Superstar, penuh jenaka dan lagu-lagu raya kegemaran ramai.

5. Sembilan
1-12 Jun, Isnin-Jumaat 11.00 malam di Astro Citra & Citra HD


Taduh yang hilang ketika usia sembilan tahun kembali dengan kepulangan penuh misteri di Kampung Tanah Merah.

Semoga anda semua terhibur, Salam Aidilfitri, maaf zahir batin buat semua pembaca Gempak!

Advertisement

Must-Watch Video