Sekilas
- Ozlynn berkongsi bahawa Elisya Sandha seorang yang penyayang, pemurah, dan suka berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.
- Sikap sayang Elisya terhadap kanak-kanak adalah tulen dan bukan sekadar lakonan, malah dia juga suka bersedekah kepada golongan memerlukan dan rakan sekerja.
- Ozlynn dan Elisya akan muncul dalam program Travel Anak Beranak musim kedua yang akan disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria.
Pelakon, Ozlynn berkongsi sisi peribadi rakan artisnya, Elisya Sandha yang disifatkan sebagai seorang individu penyayang, pemurah dan tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.
Menerusi perkongsian di Threads, Ozlynn berkata sikap penyayang yang ditunjukkan Elisya terhadap kanak-kanak bukan sekadar lakonan, sebaliknya itulah keperibadian sebenar pelakon berkenaan.
“Mummy @elisyasandhaofficial bukan berlakon tau. Dia memang sayang budak-budak dan dia sangat jujur dalam rasa sayang.
“Semua orang akan selesa dengan dia. Dia jugak suka bersedekah,” kongsinya.

Tambah Ozlynn, sikap pemurah Elisya bukan sahaja dapat dilihat menerusi tindakannya terhadap golongan yang memerlukan, malah turut dirasai oleh rakan sekerja dan individu yang berada di sekelilingnya.
“Saya pernah ternampak rumah anak yatim bagitahu yang budak-budak itu nak makan KGF dan dia belikan.
“Dekat set, dia memang suka belanja kru, belanja Cherdiq dan Bunga. I love you i mummy,” coretnya.
Dalam perkembangan lain, Ozlynn dan Elisya bakal muncul dalam program Travel Anak Beranak musim kedua, bermula setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611)