Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Terima Lagu ‘Smells Like Teen Spirit’, Faizal Akui Banyak Berfikir - “Umur Dah Semakin Meningkat, Tak Macam Dulu”

GV Fantasia: Terima Lagu ‘Smells Like Teen Spirit’, Faizal Akui Banyak Berfikir - “Umur Dah Semakin Meningkat, Tak Macam Dulu”

Sekilas

  • Faizal dari Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akan menyanyikan lagu "Smells Like Teen Spirit" pada minggu ketiga dan mengakui lagu itu membuatkan dia berfikir panjang namun tetap menerima cabaran tersebut.
  • Faizal berterima kasih kepada peminat yang terus menyokongnya dan terharu melihat video lama sewaktu menyertai Akademi Fantasia dikongsi semula sebagai pembakar semangatnya.
  • GVF musim ini menampilkan barisan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan konsert berlangsung setiap Ahad, dipandu oleh trio hos popular dan dinilai oleh juri ternama industri muzik.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal mengakui lagu Smells Like Teen Spirit yang bakal dipersembahkan pada minggu ketiga ini membuatkan dirinya berfikir panjang.

Bagaimanapun kata Faizal, dia menerima tugasan lagu tersebut dengan hati terbuka dan berharap dapat memberikan persembahan terbaik meskipun menyedari faktor usia yang semakin meningkat.

Advertisement

“Untuk minggu ini saya mendapat lagu Smell Like Teen Spirit, saya terima seadanya lagu yang akan saya nyanyikan ini.

“Sebenarnya lagu ini membuatkan saya banyak berfikir, apa pun saya harap saya dapat buat yang terbaik memandangkan umur saya pun dah semakin meningkat, tak macam dulu-dulu.


“Tapi kerana anda, saya akan cuba buat yang terbaik, terima kasih sangat sangat, harap anda dapat terima persembahan saya seadanya.

“Saya pun tak sangka dapat sambutan sebegini setelah sekian lama saya baru kembali dalam industri,” ujarnya.

Advertisement

Faizal berkata demikian menerusi satu rakaman video  pendek yang dimuat naik di platform Threads miliknya.


Dalam masa sama, Faizal turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang penyertaannya dalam GVF.

Malah, dia juga turut menyatakan rasa terharu apabila melihat ramai peminat berkongsi semula video-video lamanya ketika menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF).

“Sebenarnya saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang selalu mengikuti perkembangan saya di dalam GVF.

“Saya tengok banyak post pasal saya dan ada yang korek balik video video yang dah lama saya lalui sewaktu Akademi Fantasia (AF) timbul kembali.

“Ini semua adalah salah satu pembakar semangat saya untuk berada dalam GVF,” katanya.


Minggu kedua menyaksikan Faizal berada dikedudukan kelapan dengan peratusan markah sebanyak 43.80 peratus.

Untuk info, konsert minggu kedua GVF menampilkan empat alumni Akademi Fantasia (AF)  iaitu Akim AF7, Farah AF2, Felix AF3, dan Ara Johari (AF2016) diumumkan sebabai bintang yang berjaya mengisi kekosongan dan bakal berentap bersama alumni yang lain. 

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala CelcomDigi pula merupakan penaja utama rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement