Ruangan komen akaun Instagram (IG) suami Lufya Omar, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, diserang netizen selepas pelakon dan penyanyi itu mendakwa dirinya telah dianiaya suaminya semalam.
Menerusi entri di IGnya, Hafiz berkongsi gambar terkini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan dirinya sedang tersenyum bersama anak perempuan mereka, Laana Haura.
“Daddy daddy harijadi daddy esok kan. So, Daddy nak hadiah apa sempena hari kelahiran yang ke-29 tahun ni. Haura sayang… Daddy tak nak apa-apa pun cuma apa yang daddy nak adalah daddy nak anak daddy menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat Itu je. Insya-Allah Amin Ya Rabb,” tulisnya.
Bagaimanapun ruangan komen yang pada mulanya dihujani dengan ucapan hari jadi kemudiannya bertukar menjadi ‘ruangan membawang’ apabila netizen mula menyerangnya dengan kata-kata negatif.

BACA: "Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami
Terdahulu, bekas bintang Akademi Fantasia 6 ini juga mendakwa suaminya mula memberikan masalah seawal tiga bulan perkahwinan mereka.
Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017.