Skip to main content

Hiburan

Janna Nick Hentikan Perjalanan TTC Buat Sementara Waktu, Ubat Hormon Buat Berat Naik - “Saya Nak Beri Fokus Untuk…”

Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick berhenti sementara waktu daripada usaha mendapatkan zuriat dan menghentikan pengambilan ubat hormon untuk fokus pada program 3Days X Turun KG.
  • Berat badannya pernah naik sehingga 80 kg akibat ubat hormon, dan dia sasarkan untuk turunkan 10 kg dalam 90 hari.
  • Janna berharap penurunan berat badan dapat membantu peluangnya untuk hamil secara semula jadi sebelum mencuba alternatif lain.
Advertisement

Nekad untuk menurunkan berat badan, pelakon dan pengacara Janna Nick memberitahu dia kini menghentikan perjalanan untuk mendapatkan zuriat atau TTC (Trying To Conceive). 

 

Advertisement

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, dia tidak mahu ubat horman yang diambilnya sepanjang proses TTC sebelum ini menganggu perjalanannya dalam program 3Days X Turun KG yang dilancarkan oleh Marsha Sdn Bhd. 

 

“Perjalanan TTC saya akan dihentikan buat sementara waktu. Saya juga sudah berhenti mengambil ubat hormon kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan dengan pengambilan produk ini. 

Advertisement

 

“Ini merupakan komitmen saya terhadap Masha Group. Sepanjang 90 hari ini, saya mahu benar-benar memberikan fokus untuk melihat sama ada produk 3 Days berkesan atau sebaliknya.

 

“Saya tidak mahu sekiranya produk ini tidak berkesan, nanti ubat hormon pula dipersalahkan. Saya rasa tidak adil terhadap Masha Group jika saya mencuba produk mereka tetapi pada masa sama mengambil produk atau ubat lain. 

 

“Jadi, saya menghentikan pengambilan ubat hormon untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada 3 Days. Saya mahu memberikan ulasan yang benar-benar jujur kepada semua pengguna,” katanya kepada Gempak. 

 

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pengumuman dirinya sebagai duta rasmi 3Days x Turun KG season 2 di Hotel Le Meridien Putrajaya, pada Selasa. 

 

Kata penyanyi lagu Gatal itu, ubat hormon yang diambilnya sebelum ini membuatkan berat badannya meningkat sehingga 80 kilogram (kg). 

 

“Selepas mula mengambil ubat hormon, berat badan saya meningkat kepada 64 kg. Kemudian, apabila mengambilnya lagi, berat badan meningkat kepada 73 kg.

 

“Berat badan paling tinggi yang pernah saya capai sepanjang mengambil ubat hormon adalah 80 kg. Jadi, saya sasar untuk turun 10 kg dalam tempoh 90 hari,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Janna berkata dia kini nekad untuk kurus kerana sebelum ini dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat namun belum membuahkan hasil. 

 

“Ramai kata kalau saya turunkan berat badan dan bersenam dengan harapan saya boleh hamil secara semula jadi. Sebab saya rasa sudah mencuba pelbagai cara. 

 

“Setahun saya berada di London, cuba menjauhkan diri seketika daripada industri hiburan, memberikan fokus kepada pengajian dan menjalani kehidupan sihat, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

 

“Jadi, saya mula memikirkan kemungkinan berat badan juga menjadi salah satu faktor. Kita cuba ikhtiar dengan cara lain. Ini merupakan salah satu ikhtiar yang saya cuba lakukan. 

 

“Sekiranya selepas menurunkan berat badan masih belum dikurniakan zuriat, kita akan mencari alternatif lain,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

WEST BIKING Cycling Jersey Bicycle Clothing Suit Summer Men Women Short-Sleeved Tops Bicycle Mountain Road Bike Shorts Clothes Cycling Equipment

WEST BIKING Cycling Jersey Bicycle Clothing Suit Summer Men Women Short-Sleeved Tops Bicycle Mountain Road Bike Shorts Clothes Cycling Equipment

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

ROCKBROS Warm Cycling Sweatshirt Men Long Sleeved Breathable And Aweat Wicking MTB Road Bike Fleece Cycling Suit Cycling Clothing

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement