gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Cutenya Rambut” - Adik Ainul Mardhiah Makin Semangat, Gaya Rambut Terbaru Tarik Perhatian Dr. Amalina Che Bakri

Azwa Rahman
Azwa Rahman
22/04/2020
11:49 MYT
Sponsor Banner
“Cutenya Rambut” - Adik Ainul Mardhiah Makin Semangat, Gaya Rambut Terbaru Tarik Perhatian Dr. Amalina Che Bakri
Bayi tular yang semakin sembuh daripada pembedahan ketumbuhan, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan perkembangan yang positif apabila dilihat semakin sihat dan ‘bersemangat’.
Menerusi laman sosial Instagram, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkongsi tiga foto anaknya dengan gaya rambut terbaru.
“Cuba teka apa perubahan pada saya hari ni. Ini semua kerja mama, sebabnya mama geram dengan saya,” tulis Erwani sebagai kapsyen.
Ainul kini dilihat semakin aktif bermain dan boleh bertahan hampir 10 minit bernafas normal tanpa menggunakan tiub oksigen.
Lebih istimewa apabila rambut Ainul tersebut turut menarik perhatian pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.
View this post on Instagram
Cuba teka apa perubahan pada saya hari ini?. . Ini semua kerja mama saya, sebabnya mama saya geram dengan saya?
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Apr 21, 2020 at 4:05am PDT
Dr. Nur Amalina merupakan individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London, United Kingdom.
“Cutenya rambut, hehehe,” tulis Dr. Nur Amalina di ruang komen.
Gaya rambut dan penampilan terbaru Ainul itu turut mengundang komen positif daripada wargamaya.
“Ainul macam Chibi Maruko dah rambut tu, comel sangat. Geramnya tengok pipi tu,” tulis seorang wargamaya.
“Comelnya! Makin tembam, makin semangat,” usik seorang wargamaya.
“Alah comelnya dia, semoga makin sihat ya Ainul,” doa seorang wargamaya.
“Tak ada tiub oksigen. Tahniah Ainul dah boleh bernafas ikut hidung,” komen seorang wargamaya lagi.
Jun lalu, Ainul dan keluarga diterbangkan ke London bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan.
Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang termasuklah Dr. Nur Amalina.
Topic Berkaitan
#Ainul Mardhiah
#Bayi viral
#Dr. Amalina Che Bakri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement