Skip to main content

Hiburan

“Saya Takkan Lepaskan Peluang…” – Syafiq Kyle Bangga Kembali Sebagai DSP Zambri Menerusi Takluk 2: Op Daulat

“Saya Takkan Lepaskan Peluang…” – Syafiq Kyle Bangga Kembali Sebagai DSP Zambri Menerusi Takluk 2: Op Daulat

Sekilas

  • Syafiq Kyle berasa bangga dapat kembali membawa watak DSP Zambri dalam filem Takluk 2: OP Daulat yang berpotensi menjadi sebahagian daripada arkib negara.
  • Watak DSP Zambri memberi peluang kepada Syafiq untuk memahami tugas anggota polis, terutamanya kerjaya abangnya yang juga anggota polis.
  • Filem Takluk 2: OP Daulat yang diinspirasikan daripada Operasi Daulat 2013 mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 November 2026.
Advertisement

Pelakon Syafiq Kyle meluahkan rasa bangga dapat kembali membawakan watak DSP Zambri dalam Takluk 2: OP Daulat, sebuah filem yang disifatkannya berpotensi menjadi sebahagian daripada arkib negara.

Syafiq berkata, watak itu memberi peluang kepadanya untuk menyelami tugas anggota polis, sekali gus lebih memahami kerjaya abangnya yang berkhidmat dalam pasukan berkenaan.

“Abang saya anggota polis juga, ada kat atas tu. Ini salah satu untuk saya merasa apa tugas dia sebagai anggota polis kan.

“Selain saya nak give back to masyarakat, menjadi salah seorang pemain di salah sebuah cerita yang bakal menjadi arkib negara kan,” katanya.

Mengulas kepulangannya sebagai DSP Zambri, Syafiq berseloroh dia tetap akan meminta watak itu sekiranya tidak ditawarkan untuk kembali dalam sekuel berkenaan.

“Saya takkan lepaskan peluang. Walaupun saya tak dilantik untuk yang kedua ni, saya akan paksa Encik Ang untuk jadikan saya DSP Zambri,” selorohnya.

Dalam pada itu, Syafiq turut memuji komitmen rakan pelakon termasuk Datuk Remy Ishak, Ameen Harfiz, Nas-T dan Luqman Hafidz. Katanya, semangat patriotik sudah dirasai dalam kalangan pelakon sejak di set penggambaran.

“Dia orang bagi komitmen yang sangat baik dan semangat patriotik tu dah timbul daripada kita dekat set lagi.

“Takluk 1 menimbulkan semangat juang kita, patriotism kita untuk negara. Sama juga macam Takluk 2. Yang penting cerita ni membuatkan kita lebih cinta akan negara kitalah,” ujarnya.

Takluk 2: OP Daulat merupakan kesinambungan Takluk: Lahad Datu yang ditayangkan pada 2024. Filem yang diinspirasikan daripada Operasi Daulat pada 2013 itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 November 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement