Sekilas
- Ranisha Faizul mencuri perhatian warganet selepas membawakan lagu "Selesa" nyanyian asal Hael Husaini di acara RFE2U di USM.
- Persembahan Ranisha mendapat pujian netizen yang memuji kemerduan suara dan versi lagu yang menyentuh perasaan.
- Selain Ranisha, acara RFE2U turut menampilkan persembahan daripada Dinda Dania, Sabrina BSR, Danny BSR, Yad-Z dan kumpulan ALPHA.
Penyanyi, Ranisha Faizul mencuri perhatian warganet selepas membawakan lagu Selesa nyanyian asal penyanyi dan komposer, Hael Husaini.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR) itu menyampaikan lagu berkenaan ketika membuat persembahan di acara RFE2U yang berlangsung di Tapak Convex, Universiti Sains Malaysia (USM).
Menerusi perkongsian di Threads, netizen turut meminta Hael menghasilkan sebuah lagu bertemakan kekecewaan buat Ranisha.
"Selesa by @ranishafaizul, Hael Husaini tolong buat satu lagu tersakiti untuk Shine," tulisnya.
Persembahan tersebut nyata mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji kemerduan suara Ranisha selain menyifatkan versinya membawakan lagu itu cukup menyentuh perasaan.
"Sedih ye dengar Shine nyanyi lagu ni. Love.
"Mantap, lurve! Sedap halwa telingaku.
"Suara dia pula memang selesa.
"Sedapnya Shine nyanyi.
"Versi ni best gila!
"Pilu dengar Shine nyanyi,” komen netizen.
Untuk rekod, selain Ranisha, pentas RFE2U turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Dinda Dania, Sabrina BSR, Danny BSR, Yad-Z dan kumpulan ALPHA.
Sumber: Threads Atiqahsolehah23