Skip to main content

Budaya Popular

“Dakwaan Jungkook Bercinta Tak Benar!” – Sebar Rakaman CCTV & Berita Palsu, Big Hit Entertainment Ambil Tindakan Undang-Undang

jungkook-love-skandal.jpg
Syarikat pengurusan kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS, Big Hit Entertainment bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu berkenaan gosip percintaan salah seorang anggotanya iaitu Jungkook.
 
Perkara itu diumumkan oleh Big Hit menerusi satu kenyataan rasmi kepada media semalam.
 
“Big Hit Entertainment ingin menjelaskan bahawa tuntutan mengenai artis kami, Jungkook yang sedang menjadi bualan hangat di media sosial sekarang adalah tidak benar.
 
“Semasa bercuti, Jungkook yang melawat pulau Geoje mendapati rakan-rakannya dari kedai tatu berada di kawasan itu.
 
“Jungkook kemudiannya bertemu dengan rakan-rakannya sebelum mereka membuat keputusan untuk menghabiskan masa sambil berkaraoke. Selepas itu, segala apa yang berlaku telah pun diputar belit dari keadaan sebenar.
 
“Kami berasa agak terkilan apabila kehidupan peribadi artis kami, Jungkook semasa percutiaannya menjadi perhatian.
 
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kebocoran maklumat peribadi dan pelanggaran privasi selepas menyiasat sama ada rakaman Kamera
Litar Tertutup (CCTV) telah dibocorkan atau dirakamkan secara haram.
 
“Di samping itu, kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu tanpa pengecualian,” jelas wakilnya.
 
Terdahulu, foto seorang lelaki yang sedang memeluk seorang wanita tersebar di media sosial dan netizen mendakwa lelaki itu dikenali sebagai Jungkook.

Sumber: Koreaboo / Soompi

Must-Watch Video

Advertisement