HIBURAN
"Dapat Peluang Mandikan & Naik Van Jenazah" - Nenek Rozita Che Wan Meninggal Dunia
Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa rindu selepas nenek tersayang, Munah Hadi, 91, meninggal dunia pada 25 Mei lalu akibat sakit tua.
Menurut Rozita atau lebih mesra dikenali Che Ta, arwah neneknya adalah salah seorang individu yang membesarkan mereka adik-beradik dari kecil.
"Rindu arwah tok. Gambar ni masa raya tahun lepas. Tok dengan mak yang besarkan kami semua 7 adik beradik.
"Alhamdulillah walaupun dah 91 tahun, tok memang kuat dan sihat. Tok pi haji pun di usia 89 cuma 3 bulan kebelakangan ni kesihatan tok dah merosot.
"Jadi kerap jugak la kami ulang-alik balik Alor Setar," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan menyatakan selama ini dia dan adik-beradik akan bergilir-gilir menjaga arwah di Kuala Lumpur.
Walaupun pemergian arwah sangat dirasai, namun Che Ta bersyukur kerana berpeluang menguruskan jenazah buat kali terakhir.
"Sebelum ni tok memang dok KL gilir-gilir rumah kami adik beradik. Tapi bila dia tak sihat dia nak balik dok Alor Setar rumah Ayu dengan Zaquan.
"Alhamdulillah, pemergian tok dalam keaadan yang sangat mudah sangat senang. Kami adik beradik dapat peluang mandikan jenazah tok dan naik ramai-ramai naik van jenazah. Memori untuk kami," tulisnya lagi.



Must-Watch Video