Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Zahid Rampas Kedudukan Stacy! Faizul Sany Pula Dapat Bertenang… Tiada Penyingkiran

GV Fantasia: Zahid Rampas Kedudukan Stacy! Faizul Sany Pula Dapat Bertenang… Tiada Penyingkiran

Sekilas

  • Zahid muncul sebagai bintang minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasia musim ke-13 selepas meraih markah tertinggi dengan lagu Biarlah Bulan Bicara.
  • Juri Datuk Syafinaz memuji kawalan emosi Zahid yang semakin baik berbanding minggu sebelumnya, manakala tiada penyingkiran berlaku pada minggu ini.
  • GV13 menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia serta dikendalikan oleh trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasia atau GV musim ke-13 (GV13) yang berlangsung di Auditorium MBSA pada Ahad menyaksikan bintang Zahid mengungguli carta.

Untuk konsert minggu ketiga ini, Zahid yang menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara meraih markah tertinggi sekaligus menjadi bintang pertama yang mara ke minggu keempat.

Advertisement

Zahid turut mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Syafinaz yang berpendapat penyanyi itu dapat mengawal perasaan gementar selain berjaya membina emosi secara perlahan dengan baik.

“Kalau saya nak bandingkan minggu pertama dan kedua, minggu ini adalah terbaik. Awak boleh kawal gementar… saya tak tahu kenapa awak gementar minggu pertama.

“Awak juga berjaya bina emosi secara perlahan-lahan itu sangat baik. You build up sikit-sikit. Hujung tu awak kasi variasi pada melodi,” kata Syafinaz.

Advertisement

Sementara itu, Faizul diumumkan sebagai peserta terendah bagi konsert ketiga ini namun, sekali lagi minggu ketiga menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku sekaligus melayakkannya beraksi pada minggu hadapan.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement