Skip to main content

Hiburan

“Setiap Kali Orang Tanya Fasal Achik, Mesti Teringat Balik Waktu…” - Siti Nordiana

Siti Nordiana

Sekilas

  • Siti Nordiana mengenang kembali detik menerima berita kematian Allahyarham Achik Spin yang berlaku 16 tahun lalu.
  • Walaupun sudah lama berlalu, Siti Nordiana masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut dan sering terkenang saat itu.
  • Rata-rata wargamaya turut berkongsi momen mereka mengetahui berita sedih itu, mengenang karya duet popular mereka bersama Achik Spin.
Advertisement

Penyanyi Siti Nordiana adalah rakan seperjuangan dan rakan duet yang cukup sinonim dengan nama Allahyarham Achik Spin. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana mengimbau kembali detik dia mengetahui berita kematian Achik. 

 

Menurut Siti Nordiana, biarpun sudah 16 tahun berlalu namun dia tidak pernah melupakan peristiwa tersebut sehingga kini. 

Advertisement

 

“Setiap kali orang tanya Nana fasal Achik, mesti Nana teringat balik waktu Nana dapat berita yang dia dah tak ada.

 

“Walaupun dah 16 tahun berlalu, sampai bila-bila pun Nana takkan lupa peristiwa tu. 🥲Siapa ingat lagi berita time ni?” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya turut berkongsi momen mereka mengetahui berita mengenai Achik meninggal dunia. 

 

“Petang tu dia ada live di angkasapuri, saya sempat tengok rancangan dia tu di TV, cuma tak ingat tajuk. Pukul 7 dapat berita Achik kemalangan dan meninggal. Saya cam tak percaya sebab baru je tengok dia live kat TV. 

 

“Saya menangis-menangis waktu dapat tahu berita ni… sedih hilang Achik, sebak bayangkan situasi Nana hilang bestfriend, partner duet.

 

“Ingat… sejam sebelum tu Nana cakap, Achik baru saje tumpang naik kereta Nana,” komen beberapa wargayamaya. 

 

Antara karya duet popular mereka termasuklah Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resipi Berkasih, Paling Comel dan banyak lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement