HIBURAN
Demam Panas, Tonsilitis & Jangkitan Kuman, Riena Diana Dimasukkan Ke Hospital
Pelakon Riena Diana telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami demam panas dan tonsilitis semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Riena mendedahkan dirinya turut terkena jangkitan kuman.
"Saya sebenarnya sedang menjalani penggambaran Leonzalika namun terpaksa dikerjakan ke hospital selepas tidak dapat menahan kesakitan.
"Saya mengalami demam panas dengan tonsilitis mungkin disebabkan terlampau penat sangat bekerja.
"Doktor turut sahkan saya kena jangkitan kuman justeru terus ditahan di hospital," katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal berharap agar segera sembuh supaya dapat meneruskan kerjanya yang tertangguh.
"Saya harap hari ini dah boleh keluar, duduk lama dekat hospital lagi bertambah sakit rasanya.
"Saya kena stabil dulu baru dapat bekerja macam biasa," katanya lagi.
Terdahulu menerusi Instagram Stories miliknya, Riena telah berkongsi beberapa rakaman video dirinya terlantar di hospital.
Must-Watch Video