HIBURAN
Demi Body Idaman & Minda Yang Sihat, Mawar Rashid Ligat Masuk Gimnasium
Pelakon Mawar Rashid sudah kembali mengamalkan gaya hidup sihat selepas selesai berpantang baru-baru ini.
Mawar, 23, yang sering ditemani suaminya, Raf Yaakob, 34, akan meluangkan masa di gimnasium untuk bersenam.
“Saya ke gimnasium bukan sahaja nak dapatkan body idaman balik. tetapi untuk mindset juga kerana bagi saya, berpeluh tu aktiviti paling penting.
“Tidak hanya bersenam di gimnasium, saya turut mengamalkan pemakanan yang sihat. Inilah masanya saya nak capai balik gaya hidup sihat selepas mengandung dan melahirkan anak,” ujarnya.
Mawar dan suaminya ditemui ketika membuat penampilan istimewa pada majlis Caltex Techron Guinness World Record bertempat di One World Hotel, Damansara, pada Isnin.
Tambah Mawar, dia bertuah apabila suaminya merupakan seorang 'kaki gimnasium' dan turut sama mengamalkan gaya hidup sihat.
“Gimnasium dan pemakanan sihat sudah menjadi rutin harian Raf jadi saya hanya tinggal ikut suami sahaja bila nak bersenam dan makan makanan yang sihat.
“Kebiasaannya, kalau dalam seminggu, lima hari kami akan ke gimnasium manakala dua hari lagi berehat,” katanya kepada Gempak.
Sekadar info, Mawar baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Must-Watch Video