Skip to main content

Selebriti

Yasin Terkejut Ada Fake Akaun Menyamar Guna Nama ‘Yasin Sulalman’ - “Kalau Dia Buat Hal, Susah Juga Saya”

Yasin Terkejut Ada Fake Akaun Menyamar Guna Nama ‘Yasin Sulalman’ - “Kalau Dia Buat Hal, Susah Juga Saya”

Sekilas

  • Yasin Sulaiman menegaskan akaun palsu dengan nama hampir sama, 'Yasin Sulalman', sedang cuba menipu pengikutnya di media sosial.
  • Akaun palsu tersebut telah dilaporkan dan dihapuskan selepas ramai pengikut Yasin sedar dan bertindak.
  • Yasin kini sibuk dengan persiapan konsert Legenda Nasyid Malaysia yang akan berlangsung pada 29 Mei 2027 di SCCC.
Advertisement

Penyanyi, Yasin Sulaiman berharap orang ramai tidak tertipu dengan akaun palsu yang cuba menggunakan namanya di sosial media.

Menurut Yasin, akaun Threads tersebut menggunakan sedikit perbezaan dari segi ejaan iaitu ‘Yasin Sulalman’ dan sedang cuba untuk mencari pengikut baharu dari akaun peribadinya.

Advertisement

“Nama dia pun hampir dengan nama saya. Dia minta follower saya untuk follow back dia.

“Ramai yang hantar mesej kepada saya bertanya hal itu. Memang agak annoying juga apabila terima banyak mesej,” katanya.

Yasin ditemui ketika sidang media konsert Legenda Nasyid Malaysia yang berlangsung di Rabbani Event Hall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement

Bagaimanapun, Yasin dalam masa yang sama bersyukur individu berkenaan tidak sempat melakukan sebarang aktiviti yang mendatangkan mudarat.

“Saya baru sedar pagi tadi (Rabu). Bila ramai yang tahu itu bukan akaun saya mereka terus report. Jadi akaun tersebut telah dihapuskan.

“Kalau dia buat hal susah juga saya,” ujarnya.

Terdahulu, Yasin memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Threads dan menjelaskan akaun berkenaan bukanlah miliknya.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, akaun tersebut mengguna nama Yasin Sulalman dan telah mengikut beberapa rakan Yasin di Instagram.

Dalam perkembangan lain, Yasin terlibat dalam konsert Legenda Nasyid Malaysia bersama dua lagi anggota Brothers.

Konsert Legenda Nasyid Malaysia akan berlansung pada 29 Mei 2027 bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC).

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement