Skip to main content

Selebriti

Imbau Kenangan, Konsert Lagenda Nasyid Malaysia Raikan 3 Dekad Perjalanan Seni Nasyid Tanah Air

Imbau Kenangan, Konsert Lagenda Nasyid Malaysia Raikan 3 Dekad Perjalanan Seni Nasyid Tanah Air

Sekilas

  • Konsert Lagenda Nasyid Malaysia akan diadakan pada 29 Mei 2027 di Setia City Convention Centre, menampilkan sembilan kumpulan nasyid terkenal seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz.
  • Acara ini dianjurkan oleh Rabbani Empire Resources dan Emas Sri Semantan untuk meraikan sumbangan muzik nasyid selama tiga dekad serta memperkenalkan genre ini kepada generasi muda.
  • Tiket konsert dijual pada harga RM99, RM199 dan RM299 dan boleh dibeli mulai 15 Disember 2026 melalui platform Ticket2U.
Advertisement

Rabbani Empire Resources dan Emas Sri Semantan berganding bahu menganjurkan sebuah acara istimewa yang menghimpunkan sembilan kumpulan nasyid bagi meraikan perjalanan serta sumbangan genre muzik tersebut sepanjang tiga dekad di Malaysia iaitu Konsert Lagenda Nasyid Malaysia.

Penganjuran konsert ini merupakan manifestasi komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong perkembangan industri nasyid tempatan, di samping mengiktiraf sumbangan para penggiat seni yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan memperluas pengaruh muzik nasyid kepada pelbagai generasi pendengar.

Advertisement

Kejayaan kumpulan seperti Rabbani, Raihan dan Inteam menembusi pasaran antarabangsa membuktikan bahawa karya nasyid Malaysia mempunyai daya tarikan serta potensi untuk berkembang melangkaui sempadan negara.

Pencapaian ini menjadi antara asas kepada usaha untuk terus mengangkat martabat nasyid sebagai genre muzik yang mempunyai identiti dan kekuatan tersendiri.

Menerusi gabungan artis daripada generasi berbeza, Konsert Lagenda Nasyid Malaysia turut memberi ruang kepada kesinambungan legasi seni ini, sekali gus memperkenalkan muzik nasyid kepada kelompok pendengar baharu.

Advertisement

Menurut wakil penganjur, penganjuran konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya menjadi platform untuk menghargai perjalanan panjang muzik nasyid serta sumbangan mereka yang telah membina dan mempertahankan genre tersebut sehingga hari ini.

"Selama tiga dekad, muzik nasyid telah melalui pelbagai fasa perkembangan dan berjaya meninggalkan kesan tersendiri dalam industri muzik tanah air.

“Kami mahu konsert ini menjadi sebuah pertemuan istimewa antara penggiat seni dengan peminat yang telah bersama-sama menyokong perjalanan muzik nasyid selama ini.

"Kami juga berharap penganjuran ini dapat memperkenalkan keunikan muzik nasyid kepada generasi muda dan memastikan legasi seni ini terus dihargai serta diwarisi," katanya.

Bagi Emas Sri Semantan, penglibatan sebagai penganjur bersama turut mencerminkan penghargaan terhadap perjuangan penggiat seni nasyid serta komuniti peminatnya yang merangkumi pelbagai peringkat usia, termasuk golongan ibu bapa dan keluarga.

Sebagai jenama produk tempatan, Emas Sri Semantan berkongsi aspirasi yang sama dengan industri nasyid Malaysia dalam usaha membina kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa, selain menyokong bakat serta hasil karya anak tempatan.

Konsert Lagenda Nasyid Malaysia menampilkan sembilan kumpulan yang tidak asing lagi dalam industri nasyid tanah air, iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Aeydan dan NowSeeHeart.

Konsert Lagenda Nasyid Malaysia akan berlangsung pada 29 Mei 2027, jam 8.00 malam, bertempat di Setia CityConvention Centre (SCCC), Setia City, Selangor.

Tiket ditawarkan pada tiga kategori harga, iaitu RM99, RM199 dan RM299, dan boleh didapati menerusi platform Ticket2U di www.ticket2u.com bermula 15 Disember 2026.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement