Skip to main content

Budaya Popular

Demi Lovato Masuk Hospital, Ini Reaksi Joe Jonas...

demibefunky-collage.jpg
Industri hiburan digemparkan dengan berita penyanyi terkenal Hollywood, Demi Lovato yang dimasukkan ke hospital kerana penyalahgunaan dadah.

Bekas teman lelaki Demi, penyanyi Joe Jonas telah 
mengajak peminatnya memberi sokongan dan mendoakan kesihatan Demi.

"Sepertimana anda semua, saya juga sedang memikirkan keadaan Demi Lovato sekarang, dia amat memerlukan sokongan dan doa dari kita semua," tulis Joe di akaun Twitter miliknya semalam.

Walaupun telah berpisah, Joe dan Demi mengakui bahawa mereka masih berkawan baik dan kedua-duanya selesa dengan keadaan itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Twitter Joe Jonas

Advertisement

Must-Watch Video